Ahad, 6 September 2009

Rendang Ikan Tongkol ... wow ...

Satu ari tu akak rasa tak taw aper nak di masak ... akak terpikir kenapa tak cuba ikan tongkol di buat rendang ... saja2 la akak cuba ... ni la hasil nyer ...

Bahan-bahan

Ikan tongkol sederhana besar
3 sudu besar pes cili kering
Cili api 10 - 15 biji*
5 biji bawang kecik*
3 biji bawang putih*
1 inci halia*
Lengkuas ikut suka*
3 batang serai
Santan RM1
2 sudu makan kerisik
2 helai daun kunyit, 1 - di simpul dan lagi 1 di hiris halus

Cara:

Ikan di siang dan di kerat-kerat, selepas di bersihkan rebus dalam periuk sehingga agak separuh masak.



Sementara itu kisar bahan yg bertanda *.

Dalam kuali letak santan, bahan yg di kisar & pes cili kering, jerang kan di atas dapur. Kemudian masukkan daun kunyit. Masak hingga kuah agak pekat.



Bila kuah agak pekat masukkan ikan yg dah di rebus, biarkan kuah agak kering sedikit lalu masukkan kerisik di ikuti bahan perasa, garam dan sebagainyer ... akhir sekali taburkan daun kunyit yg telah di hiris.

Ini lah ruper nyer bila dah siap ... makanlah dengan nasi ...