Isnin, 19 Oktober 2009

TOFU TELUR SOS TIRAM HOISIN

Akak suka makan sayur yg di masak chinese style. Emmpph .... tak terkata .... letak mushroom, tofu, pekat kan kuah dengan tepung jagung ... lazat ... yg kat bawah ni salah satu masakn kegemaran akak ..










Bahan2

3 pek/silinder tofu telur/ japanese tofu
1 peket kecil cendawan tiram ~ dibelah2 jika cendawan besar
½ biji lobak merah ~ hiris memanjang
3 ulas bwg merah ~ tumbuk 2 ulas bwg putih tumbuk
Sedikit lada sulah
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos hoisin garam
Jika perlu 1 sudu besar tepung jagung ~ bancuh dengan air air secukupnya
minyak masak & sedikit minyak bijan


Cara Memasak:

1. Panaskan minyak masak. Potong dua plastik tofu dan keluarkan tofu atas tapak tangan.
Basuh dengan air paip.. kemudian dipotong anggaran 1 inci terus ke dalam minyak panas &
goreng hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.

2. Kurangkan minyak menggoreng tofu tadi dan renjiskan sedikit minyak bijan lalu tumiskan
bahan2 tumbuk hingga wangi. Masukkan air serta sedikit lada sulah, sos tiram & sos hoisin.
Biar mendidih.

3. Masukkan carrot & cendawan tiram dan biar seketika. Jika perlu tambah sikit garam.

4. Masukkan air tepung jagung & biar kuah agak2 pekat (jika pekat sgt tambah air lagi) dan
akhir sekali masukkan tofu yg telah digoreng tadi dan kacau seketika & sedia utk
dihidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan