Selasa, 15 Disember 2009

HATI AYAM MASAK KICAP


Mungkin ade antara kita yg tak suka makan hati ayam, dan mungkin ade antara kita yg suka lak makan hati ayam.  Kali ni akak nak persembahkan resepi hati ...... hati ayam masak kicap ....






Bahan-bahan:

200 gm hati ayam
1/2 cawan kicap manis
2 susu makan cuka
2 ulas bwg kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 biji cili - di hiris panjang
1 biji bawang besar - potong bulat
1 sudu makan lada hitam di tumbuk/1 sudu makan serbuk lada hitam
1 btg kulit kayu manis
3 biji lawang
Sedikit buah pelaga
Sedikit bunga cengkih
2 sudu makan minyak masak


Cara:

Hati ayam di bersihkan, di tos dan rebus sehingga masak.  Bawang kecik, bwg putih dan halia di hiris untuk kegunaan menumis.  Panaskan api dan tumiskan bahan2 yg dihiris serta dgn kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga & bunga cengkih.  Kacau2 hingga agak kekuningan masukkan kicap, masukkan cuka serta sedikit air. Bila dah gelegak tu masukkan hati ayam yg telah di rebus, biar kan mendidih dlm kuali.  Masukkan pula lada hitam yg telah di tumbuk ataupun serbuk nyer ...

Akhir sekali masukkan cili merah serta bawang besar, jgn lupa rasa dulu, tambah lah garam atau bahan perasa untuk menambah kesedapan masakan anda semua.  Tutup api dan hidang kan.

Ni dia.... hati ayam masak kicap akak ....




Tiada ulasan:

Catat Ulasan