Lapisan Bawah:
2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair + sikit garam
Cara
1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
2. Kukuskan sehingga masak.
3. Lapikkan pelastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inic.
4. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.
Lapisan atas:
2 cawan santan pekat
½ cawan pati air daun pandan
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar tepung jagung
1 s/t garam
gula (kene rasa sendiri)
Cara
1. Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi.
3. Kukuskan lebih kurang 30 minit.
4. Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau pelastik.
NOTA: untuk memasak pulut untuk serimuka ni..masukkan pulut dalam loyang bersama santan dan garam..pastu letakkan loyang tersebut dalam periuk kukusan dan tutup. kukuskan sehingga 30 minit. Keluarkan dan kacau rata..pastu tekan pulut dalma loyang yg mahu digunakan untuk kueh serimuka supaya mampat dan kemas..then baru masuk kan lapisan atas..
lamanya dah tak buat seri muka ni..
BalasPadamFavorite ni kuih seri muka. Tapi masa pasar ramadhan je ada peluang nak makan. Tak tau la kenapa, tapi kalau carik kuih ni jual kat gerai2 masa bazar, yang paling sedap kalau warna hijau dia pudar sikit. tak terang sangat. rasa dia lagi manis and lembut kalau dibandingkan ngan yang warna dia hijau pekat.
BalasPadamsalam! saya rohani dari taiping...cantiknya blog ni.sedapnya...ada masa jenguk2 la atau follow blog saya ye..http://dfabulousshop.blogspot.com
BalasPadamSalam..Seronok baca blog akak nih. Saya pernah mencuba buat kuih ni, tapi fail! Sekali buat, hijaunya masuk ke dalam pulut, sekali buat lagi hijau ngan pulutnya tak melekat elok. Sudahnya, hijau habis, pulut pun habis. Jadi 2 kuih pula..heheeh...
BalasPadamApapun, saya pun ada buat blog juga. Berkaitan dengan makan jugak la..saya nak menjemput akak ke blog saya pula..http://vitabest.blogspot.com