Selasa, 28 April 2009

KASUI & BAHULU KUKUS

Anak-anak akak pandai nak makan yang sedap2, dan pandai mengkritik masakan mama dorang, kalau dulu kita, semasa kecik-kecik tak pandai nak memerintah, makan apa yang ibu kita hidang, tapi anak sekarang dah jauh berbeza ... zaman dah berubah, dah semakin maju dan berkembang ... akal dorang pun dah jauh berbeza dengan kita masa dahulu ... anak akak yg nombor 3 memang kuat makan dan pandai nak makan itu ini ... malam sebelum tidor dah tanya "esok mama masak apa" ... itu sebab selalunyer akak dah plan untuk seminggu nyer menu ...

Last week 25/4/09 malam minggu akak wat kuih kasui, yg diambil resepi nyer dari dapur mak lang ...


Baru masak ... tengah di sejuk kan
KASUI
Bahan2:

1 cawan tepung gandum
3 sdb tepung ubi
2 1/4 cawan air gula merah (manis ikut suka). Sesudah dimasak tapis dulu air gula tersebut.
1/2 sdt kapur
Semua bahan di atas dicampurkan dan diblend sehingga sebati. Tapiskan adunan supaya tidak berkitil2.
Masukkan adunan didalam loyang ataupun didalam acuan kuih lompang. Kukus selama 1/2 jam.
Gaulkan sedikit kelapa dengan sedikit garam dan hidangkan bersama kueh tadi.

Tapi sukatan di atas ni sikit sangat & nipis, so kalo untuk makan 4 - 5 orang kene double kan sukatan ...

Malam Isnin lak sambil tengok bola Selangro lawan Kelantan wat lak Bahulu Kukus. Ini lah resepi yg paling mudah dan ringkas ...
BAHULU KUKUS
Bahan2:
1 mangkuk telor ayam
1 mangkuk gula
1 mangkuk tepung gandum
Esen vanila
Pewarna (jika suka nak letakm warna)


Guna mangkuk yg sama size untuk sukatan

Cara2:

Telor dan gula di pukul hingga gula hancur dan kembang




Sementara tu panaskan kukusan . Hentikan putaran, masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan telor dan gula tadi, gunakan senduk, gaul hingga sebati, pastikan tiada biji-biji tepung. Setelah sebati, masukkan ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit.


Ini lah rupanyer bahulu kukus akak yg dah masak ... budak2 tu tak sabar nak tunggu bahulu ni sejuk baru boleh di potong ... tengok la, belum aper2 dah tinggal separuh ... hem ... hem ...


Ini la pemangsa nyer ....

Di harap anda semua mencoba resepi dari Akak ini ... rajin-rajin la turun ke dapur ...

2 ulasan:

  1. rajin nya Akak buat kukus2 ni..ct suka kuih kasui ni tau.Tapi ank2 dan hubby sume kalau makan kena lain kan kelapa dia.hehee

    Akak yang tu ct x tau lah kak.coz ct ikut resepi asal hehehe

    BalasPadam
  2. akak..bahulu kukus saya menjadik...saya letak pewarna hijau...cantik..sedap..gebu..hehe,mekasih for da lovely recipe:)

    BalasPadam