Selasa, 14 April 2009

IKATAN PERTUNANGAN UYUN & EJAD

4 April 2009, termetri la ikatan pertunangan anak sedare akak, Mizah (Uyun) dgn kekasih hati nyer Ejad. Tepat jam 3.30 ptg pihak lelaki sampai bersama dgn 9 dulang hantaran ... berbalas 13 dulang dari pihak perempuan ...

Ketibaan sebelah pihak lelaki, di sambut oleh kakak ipar akak cikgu Fidah ...






Barang hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan. Perbincangan sedang di jalan kan. Berkaitan duit hantaran dan penetapan hari untuk di satukan.



Ini la anak sedara akak, yg dipanggil oleh kami Uyun atau nama sebenarnye Siti Nurul Hamizah.

Akhirnya tersarung juga cincin di jari manis Uyun, yg mana di sarungkan oleh bakal mertua ... sambil di perhatikan oleh papa dia






Adik beradik serta sanak sedare mengambil kesempatan bergambar bersama .....





Sedang di mekap kan oleh kakak ipar sendiri, Mas ...




Nenek (mak akak la tu) sedang menggubah sireh junjung ... nenek mesti nak buat sendiri ... memang suka kerja seni nih ... yg kat bawah ni lak barang hantaran balasan dari pihak perempuan, ade yg di tempah dan ade yg di buat oleh nenek cam halua betik sireh junjung, tepak sireh (gamba tak de)





Yang seterus nyer ialah yg bertungkus lumus nak menjayakan majlis pertunangan ini ...





Bila ade majlis dah tentu la ade hidangan yg di sediakan ... akak salah sorang tukang masak nyer, akak masak sambal udang petai dan ikan masak taucu ... isteri anak sedara akak yg comel gambo kat atas ni Mastura nama dia, yg tengah goreng ayam tu, menyumbangkan tenaga nya memasak masak lemak nangka .... hidangan hari tersebut menu nya adalah ayam masak merah, ikan masak taucu, sambal udang petai, kerabu pucuk paku, Gulai nangka, ikan masin, sambal belacan dan ulam-ulaman ...



Ayam masak merah, sambal ayam ni di masak pada mlm sebelum khenduri, gotong royong, akak tak tolong sbb dah penat, akak dok berbaring kat depan ... maap la yer ....







Ha ... yg ni akak masak ... ikan masak taucu ...
gulai nangka ni mastura yg masak ....



kerabu pucuk paku

Bila dah petang tu ... tunang anak sedare pun mula la munculkan diri ...



2 ulasan:

  1. meriahnya kalau buat majlis2 macam ni kan. Tapi ct pun ikut seronok gak...lama dah x balik kg ni.kalau kat kg mesti cuti2 ada buat kenduri2 bole gotong royong memasak ramai2 kan.tr kasih Akak sbb singgah di blog dapur CT tu.

    BalasPadam
  2. terima kasih CT, kerana sudi masuk ke sini ... jemput2 la dtg lg ...

    BalasPadam