Isnin, 15 Mac 2010

MEE BANDUNG INSTANT

Setiap kali ofismate aka balik kampung dia kat Muar, akak mesti kirim kat dia pes mee bandung dan rempah soto.  Bulan puasa kalau teringin nak makan mee bandung atau soto atau mee sup, stok akak dah ade ...  baling2 jer dlm priuk ... hahahah .. jgn balik priuk udah ler, lain lak jadi nyer



ni lah dia pes mee bandung tu ... kalo untuk makan 4-5 org leh masak sehingga 3 kali ...


Bahan-bahan:

Sepeket Mee
Pes mee bandung
Beberapa ketul ayam (potong kecik2)
Beberapa ekor sotong (potong)
Udang (agak2 jer)
3 sudu makan cili kering yg dah di mesin
2 biji telur

Sedikit sayur kobis di hiris nipis
1/2 btg karot - di hiris nipis
1 bungkus putik jagung
Bunga kubis sebesar penumbuk - potong kecik2
2 biji buat tomato- belah 4
2 biji cili merah - hiris untuk hiasan
Daun bawang & daun sup jugak utk hiasan
Asam limau
Bawang putih di cincang
3 sudu makan tepung jagung bancuh ngan air (kalau nak bagi pekat)Cara:




Tumis bawang putih, bila kekuningan masukkan cili mesin.  Kacau-kacau supaya tak hangit. Pastu masukkan pula pes mee bandung, kacau lagi.  Masukkan ayam, udang serta sotong kemudian air, biarkan seketika.  Masukkan air sebanyak mana yg anda mahu.  Jangan cair sangat.  Biarkan kuah merenih. 

Sementara itu celur mee dan toskan.

Bila kuah dah mendidih, letak lah garam serta perasa.  Masukkan pula segala sayuran. Pecahkan telur.  Akhir sekali tuangkan bancuhan tepung jagung.  Kacau2 jgn bagi bergentel.  Padam kan api.  Hidang dgn mee. Simple ... pagi2 leh buat untuk breakfast ...





3 ulasan:

  1. biasa kalau saya buat mee bandung bahan2ya tu saya buat sendiri. resepi rahsia dari mak. akak2 ipar saya pun suka. pendek kata ramai gak lah yang nak belajar rencahnya tu

    BalasPadam
  2. akak malas nak menyediakan bahan2 kuah, lain nyer alternative pakai yg instant, pes mee bandung ni sedap gak, terasa lah udang kering nyer, kacang bagai ...

    BalasPadam
  3. nak sedap lg tambah kerisik & boh bwg goreng dlm kuah tu..klu blk muo pun bukan sempat nk makan mee bandung ni..dah sibuk2 sampai terlupa mee bandung..Selain pes maharani,sy suka pes mee bandung mak pon :)

    BalasPadam