Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Beritahulah kepada orang ramai akan nikah ini dengan pukulan gendang dan rebana". (riwayat Ibnu Majjah)
Pak ... pak ... pung ... kedepak ... kedepak ... pung ... cam tu ler lebey kurang bunyi kompang ... 21 Mac yg lepas menyaksikan penyatuan dua hati menjadi satu
iaitu antara
Nana atau pun Liyana adalah anak sedara my hubby, baru menamatkan pelajarannyer di Mesir ... bertemu jodoh dgn Fazzly, seorang Imam di Masjid somewhere in Cheras, merangkap Naib Kadhi juga bertugas sebagai ustadz di sekolah agama rendah .. juga di Cheras ... imam muda ...
Rombongan Ustadz Fazzly memasuki perkarangan rumah pihak perempuan ...
Berdebar ustadz ... nak kene akad ... selalu hang usik pengantin na ... hari ni hang lak kena ... tenang jer ustadz ...
Pengantin perempuan ... perkahwinan yg di atur oleh org tua ... I guess ...
Menerima mas kahwin
Sarung .. jgn tak sarung ... upacara membatalkan air sembahyang
21 Mac 2010, adalah majlis persandingan Nana dan Pak Imam mude ni ...
nak menyambut ketibaan suami tersayang ...
Cium tangan suami dengan seikhlas nyer ...
Keesokan hari nyer majlis bertandang kerumah pengantin lelaki, dkt ajer umah nyer, satu area ...
~ Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu). Begitulah yang diperintahkan kepada kita” ~
Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kurniakan Rahmat Kepada (pengantin) Suami Isteri Agar Kekal Abadi, Aman Damai Yang Berkekalan Di Alam Rumahtangga, Sihat Walafiat, Dimurahkan Rezeki Dan Dilanjutkan Usia Dengan Mendapat Zuriat Yang Soleh Serta Mendapat Syafaat Daripada Junjungan Besar
Nabi Muhammad SAW.
~ Amin Ya Rabbal Alamin ~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan