PUDING CENDUL
Bahan-bahan
1/2 paket agar2 [20 gm]
3 gelas air
1 cawan gula
1 cawan susu cair
2 cawan cendul
1 cawan gula merah
Cara
1. Rebuskan agar dengan air sehingga mendideh.
2. Masukkan gula dan biarkan mendideh lagi. Tapiskan.
3. Bahagikan adunan pada 3 bahagian.
4. Bahagian 1/3 itu dipanaskan dan masukkan gula merah.
5. Kacau rata dn biarkan mendideh dan tapis.
6. Masukkan sedikit dalam acuan dan biarkan agak keras tetapi jangan ekras sangat nanti adunan tidak melekat.
7. 2 bahagian lagi dipanaskan dan masukkan susu cair dan cendul.
8. Kacau rata dan tuangkan perlahan2 atas adunan gula merah dan sejukkan.
9. Hidangkan.
Berkesan lak buih2 tu, itu yg menyepoilkan surface agar2 nih ...
Tak berapa cantik la lapisan nyer ... tak per la janji sedap di makan ... ade rasa ...
sedap n nak cuba la. tapi tu lah. takut suami tak nak. kalau tak nak sape nk makan. huhuhu
BalasPadamkalo suami tak nak ... senang jer ... bawa gi opis kalo keje, share ngan kengkawan or antar kat jiran2 tuk mengeratkan lagi silaturahim ...
BalasPadam