LAKSA (5 - 6 Orang makan)
Bahan
1 kg ikan (kembong atau sardin, rebus dgn asam keping dan biarkan semalaman )
Cili merah secukupnya (ikut rasa anda sendiri, kalo bgtau pun belum tentu korang rasa cukup atau kurang, tp lebeh kurang 7 - 8 biji)*
Cili api juga secukup rasa (dlm 15 biji)*
10 biji bawang kecil*
2 btg bunga kantan
Asam keping
Seikat daun kesum
Timun
Daun selom
Limau kasturi atau Limau nipis
Cili merah hiris
2 labu Bawang besar
Petis udang
1 peket laksa (ade yg basah dan kering, so ... pilih lah pilihan anda)
Cara
Ikan yg dah di rebus, buang tulang dan asing kan isi, tulang temulang di mesin hingga hancur dan tapis, pastu buang ler, air ikan tu + dgn isi ikan. Selepas itu mesin bahan yg bertanda * hingga lumat. Isi ikan tadi ramas2 jer, supaya tak berketul2. Dlm periuk yg besar masukkan isi ikan serta bahan yg di mesin juga letak bunga kantan, daun kesum dan asam keping. Tambah air dan jerang atas dapur, kacau2 biarkan hingga mendidih. Sementara itu boleh di potong2 timun, bawang, cili, daun selom dan segala bahan hidangan. Asing kan tempat2 nyer. Bila kuah dah mendidih, letak lah bahan perasa. Sebelum itu jgn lupa rebus laksa nyer. Hidang laksa bersama bahan pengiring bersama petis udang untuk menambah kelazatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan