Bunga roselle
Dari dekat ...
Cara nak wat sirap ni senang jer ... rebus bunga roselle dlm periuk selama 1 1/2 jam, letak gula .... tunggu sejuk sedikit tapis air rebusan tersebut dan simpan dlm bekas.
pati roselle setelah di rebus selama 1 1/2 jam .. seelok nya simpan dalam peti sejuk ...
tambah sedikit air pada sirap jika hendak minum .... sedia untuk di minum
ROSELLE - Hibiscus sabdariffaHibiscus rosasinensis ialah bunga raya yang menjadi kebanggaan rakyat sebagai bunga kebangsaan negara. Spesies bunga raya yang dimaksudkan ialah Hibiscus sabdariffa L. atau lebih dikenali dengan nama Roselle. Roselle dikatakan berasal dari India dan ada juga yang katakan ia nya berasal dari Afrika Barat.
Di Afrika, biji Roselle dimakan kerana dikatakan mengandungi minyak tertentu. Di Sudan, Roselle diproses menjadi minuman tradisional yang dinamakan Karkadeh dan merupakan minuman kebangsaan orang Sudan .
Di Afrika, biji Roselle dimakan kerana dikatakan mengandungi minyak tertentu. Di Sudan, Roselle diproses menjadi minuman tradisional yang dinamakan Karkadeh dan merupakan minuman kebangsaan orang Sudan .
Salut bunga ini boleh diproses menjadi pelbagai jenis hasilan seperti minuman, halwa, jeli, sos, jeruk dan serbuk atau helaian minuman Roselle.
Khasiat dan Kegunaan Roselle
Kaliks atau kelopak buah Roselle yang berwarna merah kaya dengan vitamin A dan C serta zat mineral. Dengan menjadikannya sebagai teh ubatan, herba ini dapat membantu mempercepatkan peredaran darah, mengurangkan tekanan darah tinggi di samping memberi kesan awet muda. Kaliksnya boleh diproses menjadi jem, halwa, jeli, jeruk dan juga pewarna makanan. - Sumber di petik dari wikipedia -
Tiada ulasan:
Catat Ulasan