Selasa, 17 November 2009

SAMBAL GORENG KEREPEK UBI KAYU

Adik ipar akak bagi la lebihan kerepek2, keropok yg dia beli dari Indon bulan Jun ari tu ... dah tak abis dia pass la kat akak ... hubby kata wat sambal dgn ikan bilis, sedap nih ... akak pun cuba la ...
Bahan-bahan:
100 gm ikan bilis yg dah di kopek
1 mangkuk kerepek kering ubi kayu
4 biji cili masak *
7 - 8 biji cili padi (cili api) *
2 biji bawang kecil *
Minyak untuk menumis
Ini lah rupa kerepek ubi kayu kering. Ubi yang di rebus, lepas tu di hiris, di keringkan iaitu di jemur bawah matahari, jadi la kerepek, ia sebenar nye di goreng dan di sira dgn gula wat kudap-kudapan.
Cara:
Mesin atau tumbuk bahan yg bertanda *. Kerepek ubi di goreng dan ketepikan, begitu juga dgn kerepek ubi. Ketepikan.

Bila telah selesai menggoreng kerepek ubi & ikan bilis tadi, tumiskan bahan yg dah di mesin sehingga garing. Letaklah garam serta serbuk perasa. Bila agak dah garing, letak sedikit air supaya sambal tidak kering sangat. Kemudian masukkan bahan yg dah di goreng. Kacau dan balik-balikkan supaya cili tersebut mesra ikan bilis dan kerepek.

Dah siap ... boleh lah di makan ... ape lagi, cuba la ...














Tiada ulasan:

Catat Ulasan