Si ibu terganggu tidur nya bila terdengar suara si Ayah memarahi si anak teruna yg pulang lewat malam. Si ibu curi-curi mendengar biji butir yang keluar dari mulut si ayah … “Kau ni pegi mana, tak tau hari dah pukul berapa” kata si ayah. Si anak mungkin menjawab “pegi minum teh ngan kengkawan”. Si ayah masih tak puas hati dengan jawapan si anak. Si ayah terus terusan memaki hamun. Si anak masuk ke bilik tidur malas mendengar leteran si ayah tadi. Si ibu cuba dengarkan apa yg di leteri oleh si ayah kerana faham sangat dengan perangai si ayah bila marah. Sekejap si ayah berhenti dari berleter. Sampai pada satu tahap si ibu terpaksa bangun dan mendapatkan 2 insan itu apabila si ayah bertindak ingin memukul si anak, sempat di jeling jam di dinding yg menunjukkan pukul 1.40 a.m. Si anak rasa tercabar dengan kata-kata si ayah yg bukan sekali ini di lafazkan. Lalu si anak berkata … “ayah nak A keluar sekarang ker …” “ha … kau keluar sekarang …” balas si ayah. Si anak pantas memunggah pakaian yg tergantung di almari. Si ibu yg mendengar kekecohan berlari masuk ke bilik si anak dan menegur cara si suami menghalau anak nya. “Apa awak ni tak habis-habis nak menghalau anak. Sikit-sikit suruh keluar” kata si ibu. Si anak menyambung lagi “A kalau keluar takkan jejak-jejakkan lagi kaki ke rumah ni, banyak kali ayah halau A, tak pa … A boleh keluar” Lalu di kemaskan kain baju nya. Berkata lagi si anak "banyak sangat tekanan, tekanan dari ayah, tekanan di tempat kerja ... A dah tak tahan yah ..." Si ibu tergamam dengan kejadian sementelah terkejut dari tidur. Tak terkata apa dengan perlakuan si suami dan si anak. Kembali semula ke tempat pembaringan, sukar untuk si ibu untuk melelapkan mata. Di cuba untuk melelapkan mata, namun si ibu resah gelisah memikirkan nasib si anak. Apa lah nasib kau nak .... Dalam senyap si anak melangkah pergi tanpa sebarang pesan. Sedar-sedar dia telah meninggalkan rumah.
Pada akak, tak perlu lah asyik nak mengongkong anak yg dah besar panjang ... kalo anak tu nak berbuat jahat dah lama dia berbuat begitu, kalo marahkan anak jauhi lah sifat seperti ayah di atas menghalau anak kandung sendiri. Sanggup dia tengok anak dia melangkah pergi di tengah keheningan malam ... janji hati dia puas ... bapa yg begini ker yg masa hari tuanya tidak di pedulikan oleh sang anak ?????
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan