Bahan:
1 1/2 cawan tepung
3 1/2 sdt baking powder
1/2 sdt garam
2 sdb gula
1 3/4 cawan susu segar
1 telur
3 sdb mentega dicairkan
1 sdt esen vanilla
Cara
1. Ayak tepung, baking powder, garam dan gula.
2. Buat lubang di tengah-tengah tepung dan tuangkan susu, telur dan mentega cair. Kacau
hingga sebati semuanya.
3. Panaskan pan atas api sederhana. Pastikan pan sudah betul-betul panas.
4. Tuangkan adunan sebesar mana yang mahu. Lapisan atas akan berlubang-lubang.
5. Bila agak-agak lapisan atas sudah kering, terbalikkan. Biar seketika dan angkat.
Menyelerakan makan dengan honey .... pastu pekena lak dgn kopi atau teh panas ... hmm ... yummy ..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan