Rabu, 27 Mei 2009

Dah lama rasa nyer akak tak letak resepi, tak lah berapa lama ... tak dek masa nak buka blog .... ade beberapa resepi akak nak kongsi ngan anda semua ....


GULAI JERING


BAHAN:


1 kg buah jering yg dah boleh di gulai (Kiranyer agak tua sikit la)
10 tangkai cili api*
3 ulas bawang kecil*
1 sudu teh serbuk kunyit*
Sedikit ikan bilis di kopek
RM2 santan
1 btg serai di titik
Asam keping

* tumbuk hingga lumat dgn sedikit garam


CARA:



Buah jering buang kulit, kalau yg ade kulit hitam tu, pastu rebus hingga empuk, akak rebus dalam periuk karan, selama 1 jam lebih.


Sementara itu tumbuk bahan yg bertanda * sehingga lumat, ketepikan dulu.

Bila dah empuk, tumbuk satu persatu seperti gambar di bawah ni.


Santan tadi masuk kan ke dalam periuk, letak cili yg di tumbuk serta serai yg di titik, jering serta ikan bilis. Jerang atas dapur, letak asam keping serta bahan perasa. Kacau supaya tak pecah santan, masak cam seperti masak lemak yg lain.


Tada ........... ha dah siap pun. Ini lah dia gulai jering akak ....



Cuba jangan tak cuba ... tak cuba tak tau rasa nya .... SELAMAT MENCUBA



Khamis, 14 Mei 2009

NUGET IKAN BERSOS

Hi! aper kabar semua ... 2 minggu yg lepas masa nak dinner, akak terpikir2 ape la nak di masak malam tu, buka peti ais tengok ade naget ikan jer ... pastu pikir punyer pikir, akak teringat ... ape kata kalo wat masak cam sweet & sour ... jom kita cuba ...


NAGET IKAN BERSOS

Bahan-bahan:

Naget ikan
Capsicum (Cili benggala) - di potong dadu
2 biji cili merah - di hiris panjang
2 ulas Bawang kecil - di hiris*
2 biji bawang putih - di hiris*
Sedikit halia di hiris*
Bawang besar di potong bulat
3 sudu makan sos cili
3 sudu makan sos tomato
Sedikit sos tiram
Gula
3 sudu makan minyak untuk menumis


Capsicum Naget

Cara
Naget di goreng, agak2 garing sedikit dan ketepikan.
Tumis kan bahan yg di hiris tadi (yg bertanda *), goreng sehingga keemasan, masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram, kacau2 ... masukkan sedikit air supaya tak pekat sangat. Letakkan gula secukup rasa.
Masukkan cili merah, capsicum dan bawang besar, kacau-kacau bagi rata selepas itu tuang ke atas naget tadi dan seterusnya di hidang kan.




Dah siap pun ... amacam ... sedap tak .... cuba lah ...




Cik abang nih ... dengan teruja nyer bertanya kat akak "Mama cantik tak, hensem tak mama" aper hal nyer yg henshem ........ dah tak dek keje yehhhh .......




Rabu, 13 Mei 2009

LANGSIR RUMAH BARU KU ...

Cuti 1st May ari tu konon nyer nak menjahit langsir tok umah baru, 3 tingkap untuk 3 panel serta sliding door pun 3 panel, umah lama dulu akak cuma jahit 1 tingkap jer sebab umah akak umah teres dan di tengah lak, skang cukup terasa, itu untuk bahagian depan jer tu ... belum masuk bilik, dan dapur ... mati la ... nak upah dah tentu cecah ratusan, nak jahit sendiri, tak larat, berhari-hari nak mengadap mesin jahit ...



Longgokan kain langsir yg di beli kat Kamdar & Nagoya ...




Sempat gak ambik gambar ... anak akak kata "Mama ni tak habis2 ngan gambar dia ... menjahit pun nak ambik gambar..." biarlah ... dorang ni kan paham, kesukaan kita .... nasib baik emak akak ade mesin jahit ... boleh ler tompang menjahit ... tah bila la akak akan dapat mesin jahit ...

Selasa, 12 Mei 2009

KUDAPAN - REMPEYEK, KUIH SEPIT & SAGUN BAKAR

Sesiapa yang berminat nak oder kudap-kudapan di bawah ini, boleh SMS akak. Area lembah Klang akak leh hantar, yg di luar kawasan akak kene pos. So ... kene bayar extra utk posting - RM5.00. SMS akak, bagi alamat than akak hantar atau pos .....

SMS akak di talian: 012-2418011



1 Kg - RM22



1 Kg - RM22
Kuih Sepit (100 kpg) - RM22, Sagun Bakar (100 kpg) - RM20

Isnin, 4 Mei 2009

PUCUK UBI TUMPUK

Okay .... akak ade resepi nak bagi .... hasil tangan mak akak, yg menjadi kegemaran akak ngan adik beradik akak ... masakan nyer di beri nama pucuk ubi tumbuk, cuti hari pekerja hari tu akak soh mak akak masak resepi nih ... yer la sesekali balik umah emak, rindu nak makan masakan emak ... kepada anda semua terimalah resepi yg tak seberapa ni ...

PUCUK UBI TUMBUK

BAHAN:


Pucuk ubi Bunga kantan & terung rimbang


Santan, cili api, bawang kecil & serai


CARA:



Pucuk ubi, bunga kantan & terung rimbang ditumbuk seperti gambar di atas. Selepas di tumbuk kemudian rebus sehingga ubi empuk atau air agak kering sedikit (jgn letak terlalu banyak air). Sementara itu tumbuk cili api bersama bawang kecil hingga lumat. Bila pucuk ubi telah empuk, letak santan serta cili yg di tumbuk tadi berserta serai dan jerang di atas api, proses sama seperti masak lemak yg lain, tambah perasa. Ada orang suka letak ikan bilis, terpulang pada masing2.



Ini lah dia pucuk ubi tumbuk yg telah siap di masak ...


Ni ade 2 lagi resepi akak tepek kat sini ...


MEE GORENG BLACK PEPPER



Bahan:

Mee - 1 peket

Isi ayam - 1/2 cawan

Daging kisar - 1/2 cawan

3 batang crab stik - di hiris nipis

3 batang sosej - di hiris nipis

Sedikit karot yg di hiris halus

1 labu bawang - di cincang

Bawang putih - di cincang

Lada sulah - 1 sudu makan


Lada hitam - 1 sudu makan

2 sudu makan sos tiram.

2 sudu makan butter atau marjerin


Cara:

Panaskan kuali, tumis kan bawang putih dan bawang besar, dah naik bau masukkan isi ayam dan daging kisar, kacau perlahan2, masukkan pula crab stik bersama sosej, karot dan kacau lagi, agak setengah masak masukkan lada sulah dan lada hitam, garam secukup rasa dan kacau bagi sebati, masukkan sos tiram dan letak sedikit air, kemudian masukkan mee dan kacau lagi sehingga bahan yg di tumis tadi rata pada mee. Setelah itu padam api dan boleh lah di angkat dan di hidang kan. Selamat menjamu selera.

yang bawah ni pulak adelah masak asam rebus ikan kembung ngan terung telunjuk. Terung telunjuk ni sedap kalau wat masak lemak ngan tulang ikan masin ... nanti lenkali akak masak akak tepek resepi kat sini ...



ASAM REBUS KEMBONG NGAN TERUNG TELUNJUK



BAHAN:


2 ekor ikan kembong

5 biji terung telunjuk - belah 2

1 batang bunga kantan - belah 2

2 biji buah tomato - belah 4

2 biji cili merah, 5 biji cili api, 2 ulas bawang kecil, sedikit serbuk kunyit (di tumbuk)

1 batang serai - di titik

Daun kesum, asam keping


CARA:


Di dalam periuk, letakkan bahan yg di tumbuk, bunga kantan, terung, daun kesum & serai serta 2 cawan air. Jerang atas dapur, bila mendidih, masukkan ikan dan bahan perasa serta jangan lupa asam keping. Buah tomato di masukkan sebelum menutup api dapur.