Memaparkan catatan dengan label kuih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kuih. Papar semua catatan

Rabu, 5 Mei 2010

KUIH SERIMUKA

Sedap makan kuih seri muka ni taw ... berseri2 muka lepas makan ... mana tak nyer ... manis berlemak ... hubby akak suka makan seri muka tp dia tak tahan ngan pulut ... angin satu badan ... cam tu ek ... payah la banyak pantang makan ni ... akak pantang jumpa jer ... makan ... ngeh ... ngeh ... ngeh ...


Lapisan Bawah:

2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair + sikit garam

Cara

1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
2. Kukuskan sehingga masak.
3. Lapikkan pelastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inic.
4. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.



 

Lapisan atas:

2 cawan santan pekat
½ cawan pati air daun pandan
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar tepung jagung
1 s/t garam
gula (kene rasa sendiri)

Cara



1. Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi.
3. Kukuskan lebih kurang 30 minit.
4. Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau pelastik.





NOTA: untuk memasak pulut untuk serimuka ni..masukkan pulut dalam loyang bersama santan dan garam..pastu letakkan loyang tersebut dalam periuk kukusan dan tutup. kukuskan sehingga 30 minit. Keluarkan dan kacau rata..pastu tekan pulut dalma loyang yg mahu digunakan untuk kueh serimuka supaya mampat dan kemas..then baru masuk kan lapisan atas..







Rabu, 26 Ogos 2009

Kuih Bakar

Dah lama akak teringin nak buat kuih bakar ni sebab suka makan, puasa yang kedua akak cuba buat.




Adunan kuih bakar


KUIH BAKAR

Bahan-bahan:


1 cawan gula
3/4 cawan jus pandan (atau air + pandan essence)
2 cawan tepung gandum
2 1/4 cup santan (atau 1 can santan-450ml )
2 sudu makan butter
3 biji telur
1/2 sudu teh garam
colour hijau
bijan


Cara-cara


campurkan semua bahan. blend samapi sebati.
masukkan 2 tbs minyak dlm loyang .
panaskan loyang dlm oven. bila minyak dah panas, masukkan mixture tadi kuih, taburkan bijan. bakar @180 sampai brown atau garing.





ni la rupe nyer dah siap, tak dek acuan yg berbunga, yg ni pun jadi.



Anees puasa yg kedua tak dapat berpuasa kene sakit tekak dan selsema ... ni kat Klinik Kerajaan pada hari Selasa, buat check-up

Khamis, 18 Jun 2009

APAM GULA MERAH

Pertama kali akak buat Apam ni, kala nyer pucat jer ... pastu semalam akak buat lagi tapi akak ubah sikit resepi nyer ... resepi akak ambik dari myresipi.com ...


APAM GULA MERAH


BAHAN:



2 cawan tepung gandum
4 sudu makan gula pasir (boleh tambah, ikut rasa masing-masing)
1 1/2 sudu teh dry yeast
3/4 cawan air
Secubit garam

*1 cawan gula melaka yg telah dihiris
*1 cawan air
*sehelai daun pandan



Ini yang dah di campur semua bahan-bahan




CARA:


Masak bahan bertanda* hingga gula melaka larut dan dibiarkan sejuk.
Campurkan semua bahan dan air gula yg telah sejuk dan gaul rata.
Seeloknya campuran tadi di masukkan didalam bekas besar. Tutup dan bibiarkan selama 40min atau sehingga adunan naik hingga 3x ganda.
Tuangkan adunan kedalam loyang yg telah dilengserkan minyak. Biar sekejap dlm 5 min.
Kukus adunan selama 30-35 min atau bila dicucukkan lidi, lidi keluar bersih.
Sedap dimakan dgn kelapa parut yg digaul dgn sedikit garam.



Apam dah siap ..... dah sedia di makan ...




Selasa, 28 April 2009

KASUI & BAHULU KUKUS

Anak-anak akak pandai nak makan yang sedap2, dan pandai mengkritik masakan mama dorang, kalau dulu kita, semasa kecik-kecik tak pandai nak memerintah, makan apa yang ibu kita hidang, tapi anak sekarang dah jauh berbeza ... zaman dah berubah, dah semakin maju dan berkembang ... akal dorang pun dah jauh berbeza dengan kita masa dahulu ... anak akak yg nombor 3 memang kuat makan dan pandai nak makan itu ini ... malam sebelum tidor dah tanya "esok mama masak apa" ... itu sebab selalunyer akak dah plan untuk seminggu nyer menu ...

Last week 25/4/09 malam minggu akak wat kuih kasui, yg diambil resepi nyer dari dapur mak lang ...


Baru masak ... tengah di sejuk kan
KASUI
Bahan2:

1 cawan tepung gandum
3 sdb tepung ubi
2 1/4 cawan air gula merah (manis ikut suka). Sesudah dimasak tapis dulu air gula tersebut.
1/2 sdt kapur
Semua bahan di atas dicampurkan dan diblend sehingga sebati. Tapiskan adunan supaya tidak berkitil2.
Masukkan adunan didalam loyang ataupun didalam acuan kuih lompang. Kukus selama 1/2 jam.
Gaulkan sedikit kelapa dengan sedikit garam dan hidangkan bersama kueh tadi.

Tapi sukatan di atas ni sikit sangat & nipis, so kalo untuk makan 4 - 5 orang kene double kan sukatan ...

Malam Isnin lak sambil tengok bola Selangro lawan Kelantan wat lak Bahulu Kukus. Ini lah resepi yg paling mudah dan ringkas ...
BAHULU KUKUS
Bahan2:
1 mangkuk telor ayam
1 mangkuk gula
1 mangkuk tepung gandum
Esen vanila
Pewarna (jika suka nak letakm warna)


Guna mangkuk yg sama size untuk sukatan

Cara2:

Telor dan gula di pukul hingga gula hancur dan kembang




Sementara tu panaskan kukusan . Hentikan putaran, masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan telor dan gula tadi, gunakan senduk, gaul hingga sebati, pastikan tiada biji-biji tepung. Setelah sebati, masukkan ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit.


Ini lah rupanyer bahulu kukus akak yg dah masak ... budak2 tu tak sabar nak tunggu bahulu ni sejuk baru boleh di potong ... tengok la, belum aper2 dah tinggal separuh ... hem ... hem ...


Ini la pemangsa nyer ....

Di harap anda semua mencoba resepi dari Akak ini ... rajin-rajin la turun ke dapur ...