Memaparkan catatan dengan label sayur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sayur. Papar semua catatan

Rabu, 16 Disember 2009

TIMUN TUA GULAI DGN UDANG

Okay .. senang jer nak masak gulai ni ... mungkin ade yg tak penah makan timun tua ni ... akak pandai makan pun sebab mak akak selalu masak timun tua nih ...

 

Bahan-bahan seperti di atas ni la ...

Timun tua
Cili api, bawang kecik
Asam keping
Santan, udang
Serai, serbuk kunyit


Cara:

Tumbuk cili api bawang kecik tu dgn serbuk kunyit dan garam masukkan dalam periuk dan letak santan sekali, letak juga udang & serai, tak dek serai kang tak wangi gulai, jerang atas dapur, kacau2 jgn bagi pecah santan ... bila mendidih masukkan timun di ikuti asam keping, timun tadi potong kecik2 atau dadu ker ... kacau lagi, letaklah  bahan perasa ... akhir sekali padam api ... dah boleh di makan ...





Selasa, 24 November 2009

KACANG PANJANG GORENG SUHUN & SUP CENDAWAN BUSUT

KACANG PANJANG GORENG DGN SUHUN





Kepada yang suka dengan sayur kacang panjang, akak nak kongsikan masakan kacang panjang goreng dgn suhun ini dengan anda semua ...





Bahan-bahan nye seperti gambar kat bawah ni:






Sayur kacang panjang dalam 6-7 btg, ricih macam tu, sedikit cili merah di potong-potong serong dan bwg besar di hiris, tempe setengah bungkus, potong dadu dan di goreng





Tahu 1 keping goreng dan potong dadu juga, sedikit udang kering

Suhun di goreng
Tambahan:
Bawang putih di cincang, 2 ulas bawang kecik ditunbuk dgn sedikit garam.

Cara:

Panaskan kuali dan tumiskan bawang putih serta bawang yg di tumbuk tadi. Kacau supaya tak hangus. Letak sedikit air (ade org letak sedikit santan) dan biarkan didih, bila dah didih masukkan udang kering dan sayur kacg panjang. Balik-balikan, masukkan pula tahu, tempe serta suhun yg telah di goreng. Kacau rata dan tambah bahan perasa. Tutup api. Isi kan ke pinggan dan hidang dengan nasi serta lauk pauk lain. Selamat menjamu selera.




SUP CENDAWAN BUSUT


Hari Ahad lepas asben akak pegi kutip cendawan busut yg tumbuh kat kebun pakcik dia. Dah lama tak makan cendawan busut ni, kalau makan pun yg cendawan ternak nyer ... hmm sedap ... manis betul ... ini paling simple nyer sup ....


Baru selesai cuci ... ni fresh punyer nih ....



Dah siap di masak ... tunggu nak kene ngap ... kelakar kan ...
Bahan:
Cendawan dlm 10 btg
sedikit ikan bilis buang kepala dan tulang*
2 ulas bwg kecik*
2 ulas bwg putih*
1 biji cili merah - hiris2
setengah labu bwg merah - hiris2
Cara:
Tumbuk bahan yg bertanda * dan tumis. Bila dah kekuningan masukkan 2 cawan air, biarkan mendidih. bila dah mendidih masukkan cendawan, di iringi bawg besar dan cili merah. Jangan lupe bahan perasa untuk menambah kan kesedapan masakan anda.




Khamis, 6 Ogos 2009

PERIA (KANBAS) MASAK TAUCU

Bahan-bahan:




1 mangkuk kecil Peria (kanbas), potong sebegini, sedikit timun potong kecil-kecil, buang empulur



3 sudu makan taucu, 6 biji cili hijau, belah tengah, 1 cawan air asam jawa, beberapa ulas bawang merah dan bawang putih, 1/2 inci halia, kesemuanya di hiris, 2 sudu makan minyak masak untuk menumis, gula untuk perasa


Cara-cara



Panaskan kuali, letak minyak masak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia, bila kekuningan masukkan taucu dan kacau. Bila naik bau dan agak garing masukkan air asam jawa, kepekatan kuah ikut pada citarasa masing-masing, seeloknya berkuah. Masukkan gula lebeh kurang 1 sudu makan, biar rasanya ade masam dan ade manis. Bila mendidih masukkan peria, kacau lagi, agak dah setengah masak masuk pula cili hijau dan timun, kacau-kacau, biar kan renih sekejap, kalau ade lebihan ikan goreng semalam boleh juga di masukkan, lepas tu boleh lah di padamkan api. Angkat dan hidangkan bersama nasi.



Sedia di makan.