Memaparkan catatan dengan label tempoyak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tempoyak. Papar semua catatan

Khamis, 11 Februari 2010

IKAN TENGGIRI GULAI TEMPOYAK

Memandangkan baki tempoyak yg belum masak masih ade, akak pun aper lagi ... pagi2 masa nak pegi keje tu singgah pasar dulu semata2 nak beli ikan tenggiri sekeping ... anak2 akak dan hubby tak makan ikan yg di masak gulai, kuah nyer derang makan ... itu ler masalah nyer ... ikan tu akak la yg balun sorang ...


Bahan:

Sekeping ikan tenggiri, kerat dua
2 biji cili masak
6 biji cili api
2 ulas bawang kecik
3 sudu makan tempoyak
2 helai daun kunyit
Asam keping
Sebatang serai di titik

Cara:

Cili masak, cili api dan bawang kecik di tumbuk, jangan lumat sangat.  Masukkan dalam periuk beserta tempoyak, ikan dan serai serta air.  Sukatan air ikut kesukaan masing2 akan kepekatan nya.  Daun kunyit di hiris halus.  Bila gulai menggelegak masukkan daun kunyit dan asam keping.  Letak perasa, bila ikan dah masak tutup api.

Fuuhhh ... terbayang2 dan terbau2 gulai tempoyak ni ...


Rabu, 3 Februari 2010

HIDANGAN MALAM YG SIMPLE

Dah lama tak makan tempoyak, Ahad lepas kakak ipar buat majlis cukur jambul cucu dia, ade hidangan sambal tempoyak ... semalam balik keje akak singgah kat tepi jalan kat umah akak ade kedai2 kat tepi jalan yg jual jagung, buah2an, ade jugak jual tempoyak ... beli tempoyak sebungkus nak buat sambal tempoyak, sebungkus RM3, boleh lah ....


Simple kan ... ade ikan goreng ... ikan goreng gelama, sayur gorengnyer Brokoli, dan sambal tempoyak cili api ikan bilis, sedikit timun, ikan masin pun ade ... ikan masin tu pemberian adik ipar yg baru balik dari Pekan Baru, Indonesia ... jadilah untuk 4 org makan ... tu pun masih ade berlebih sikit lagi sambal tempoyak tu ... esok  nak balun lagi ...



Ha .. tu dia sambal tempoyak ... akak suka betul makan sambal tempoyak nih ... cara masak sambal ni paling senang ... tak payah nak tumis2, ade orang suka tumis, tapi akak punye tak yah tumis ... ikut masing punye suka lar ..

Bahan:

3 sudu makan tempoyak
Segenggam ikan bilis yg dah di kopek
10 biji cili api (ikut kepedasan yg masing2 suka)
2 biji cili merah
2 ulas bawang merah (akak tak letak pun)
1 batang serai - di hiris
Sehelai daun kunyit - di hiris (ini penting mesti letak, kalo tak tak wangi)
Serbuk kunyit
1/2 cawan air

Cara:

Tumbuk cili api, cili merah, bawang merah, serbuk kunyit serta garam hingga lumat.  Basuh ikan bilis. Dalam kuali letakkan ikan bilis, cili yg dah  ditumbuk, tempoyak serta air.

Jerang atas dapur, kacau2.  Masukkan daun kunyit dan serai yg telah di hiris.  Letak perasa dan kacau sehingga jadi agak pekat.  Bila dah pekat padamkan api.  Angkat dan hidang.

Sambal tempoyak ini boleh juga gantikan ikan bilis dengan udang dan petai atau pun masak dengan serai ajer.