Memaparkan catatan dengan label resipi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resipi. Papar semua catatan

Ahad, 6 September 2009

Rendang Ikan Tongkol ... wow ...

Satu ari tu akak rasa tak taw aper nak di masak ... akak terpikir kenapa tak cuba ikan tongkol di buat rendang ... saja2 la akak cuba ... ni la hasil nyer ...

Bahan-bahan

Ikan tongkol sederhana besar
3 sudu besar pes cili kering
Cili api 10 - 15 biji*
5 biji bawang kecik*
3 biji bawang putih*
1 inci halia*
Lengkuas ikut suka*
3 batang serai
Santan RM1
2 sudu makan kerisik
2 helai daun kunyit, 1 - di simpul dan lagi 1 di hiris halus

Cara:

Ikan di siang dan di kerat-kerat, selepas di bersihkan rebus dalam periuk sehingga agak separuh masak.



Sementara itu kisar bahan yg bertanda *.

Dalam kuali letak santan, bahan yg di kisar & pes cili kering, jerang kan di atas dapur. Kemudian masukkan daun kunyit. Masak hingga kuah agak pekat.



Bila kuah agak pekat masukkan ikan yg dah di rebus, biarkan kuah agak kering sedikit lalu masukkan kerisik di ikuti bahan perasa, garam dan sebagainyer ... akhir sekali taburkan daun kunyit yg telah di hiris.

Ini lah ruper nyer bila dah siap ... makanlah dengan nasi ...


Rabu, 26 Ogos 2009

Kuih Bakar

Dah lama akak teringin nak buat kuih bakar ni sebab suka makan, puasa yang kedua akak cuba buat.




Adunan kuih bakar


KUIH BAKAR

Bahan-bahan:


1 cawan gula
3/4 cawan jus pandan (atau air + pandan essence)
2 cawan tepung gandum
2 1/4 cup santan (atau 1 can santan-450ml )
2 sudu makan butter
3 biji telur
1/2 sudu teh garam
colour hijau
bijan


Cara-cara


campurkan semua bahan. blend samapi sebati.
masukkan 2 tbs minyak dlm loyang .
panaskan loyang dlm oven. bila minyak dah panas, masukkan mixture tadi kuih, taburkan bijan. bakar @180 sampai brown atau garing.





ni la rupe nyer dah siap, tak dek acuan yg berbunga, yg ni pun jadi.



Anees puasa yg kedua tak dapat berpuasa kene sakit tekak dan selsema ... ni kat Klinik Kerajaan pada hari Selasa, buat check-up

Khamis, 18 Jun 2009

APAM GULA MERAH

Pertama kali akak buat Apam ni, kala nyer pucat jer ... pastu semalam akak buat lagi tapi akak ubah sikit resepi nyer ... resepi akak ambik dari myresipi.com ...


APAM GULA MERAH


BAHAN:



2 cawan tepung gandum
4 sudu makan gula pasir (boleh tambah, ikut rasa masing-masing)
1 1/2 sudu teh dry yeast
3/4 cawan air
Secubit garam

*1 cawan gula melaka yg telah dihiris
*1 cawan air
*sehelai daun pandan



Ini yang dah di campur semua bahan-bahan




CARA:


Masak bahan bertanda* hingga gula melaka larut dan dibiarkan sejuk.
Campurkan semua bahan dan air gula yg telah sejuk dan gaul rata.
Seeloknya campuran tadi di masukkan didalam bekas besar. Tutup dan bibiarkan selama 40min atau sehingga adunan naik hingga 3x ganda.
Tuangkan adunan kedalam loyang yg telah dilengserkan minyak. Biar sekejap dlm 5 min.
Kukus adunan selama 30-35 min atau bila dicucukkan lidi, lidi keluar bersih.
Sedap dimakan dgn kelapa parut yg digaul dgn sedikit garam.



Apam dah siap ..... dah sedia di makan ...




Isnin, 4 Mei 2009

PUCUK UBI TUMPUK

Okay .... akak ade resepi nak bagi .... hasil tangan mak akak, yg menjadi kegemaran akak ngan adik beradik akak ... masakan nyer di beri nama pucuk ubi tumbuk, cuti hari pekerja hari tu akak soh mak akak masak resepi nih ... yer la sesekali balik umah emak, rindu nak makan masakan emak ... kepada anda semua terimalah resepi yg tak seberapa ni ...

PUCUK UBI TUMBUK

BAHAN:


Pucuk ubi Bunga kantan & terung rimbang


Santan, cili api, bawang kecil & serai


CARA:



Pucuk ubi, bunga kantan & terung rimbang ditumbuk seperti gambar di atas. Selepas di tumbuk kemudian rebus sehingga ubi empuk atau air agak kering sedikit (jgn letak terlalu banyak air). Sementara itu tumbuk cili api bersama bawang kecil hingga lumat. Bila pucuk ubi telah empuk, letak santan serta cili yg di tumbuk tadi berserta serai dan jerang di atas api, proses sama seperti masak lemak yg lain, tambah perasa. Ada orang suka letak ikan bilis, terpulang pada masing2.



Ini lah dia pucuk ubi tumbuk yg telah siap di masak ...


Ni ade 2 lagi resepi akak tepek kat sini ...


MEE GORENG BLACK PEPPER



Bahan:

Mee - 1 peket

Isi ayam - 1/2 cawan

Daging kisar - 1/2 cawan

3 batang crab stik - di hiris nipis

3 batang sosej - di hiris nipis

Sedikit karot yg di hiris halus

1 labu bawang - di cincang

Bawang putih - di cincang

Lada sulah - 1 sudu makan


Lada hitam - 1 sudu makan

2 sudu makan sos tiram.

2 sudu makan butter atau marjerin


Cara:

Panaskan kuali, tumis kan bawang putih dan bawang besar, dah naik bau masukkan isi ayam dan daging kisar, kacau perlahan2, masukkan pula crab stik bersama sosej, karot dan kacau lagi, agak setengah masak masukkan lada sulah dan lada hitam, garam secukup rasa dan kacau bagi sebati, masukkan sos tiram dan letak sedikit air, kemudian masukkan mee dan kacau lagi sehingga bahan yg di tumis tadi rata pada mee. Setelah itu padam api dan boleh lah di angkat dan di hidang kan. Selamat menjamu selera.

yang bawah ni pulak adelah masak asam rebus ikan kembung ngan terung telunjuk. Terung telunjuk ni sedap kalau wat masak lemak ngan tulang ikan masin ... nanti lenkali akak masak akak tepek resepi kat sini ...



ASAM REBUS KEMBONG NGAN TERUNG TELUNJUK



BAHAN:


2 ekor ikan kembong

5 biji terung telunjuk - belah 2

1 batang bunga kantan - belah 2

2 biji buah tomato - belah 4

2 biji cili merah, 5 biji cili api, 2 ulas bawang kecil, sedikit serbuk kunyit (di tumbuk)

1 batang serai - di titik

Daun kesum, asam keping


CARA:


Di dalam periuk, letakkan bahan yg di tumbuk, bunga kantan, terung, daun kesum & serai serta 2 cawan air. Jerang atas dapur, bila mendidih, masukkan ikan dan bahan perasa serta jangan lupa asam keping. Buah tomato di masukkan sebelum menutup api dapur.






Ahad, 26 April 2009

BROKOLI SOS TIRAM SIMPLE

Hi! akak ni semenjak dah ade diabetes ni, makan kene jaga-jaga, skang nih akak terpaksa menelan pil untuk diabetes, cholestrol & Artril untuk sendi2 ...


Untuk diabetes akak kene ambil siang sebiji, malam sebiji, Cholestrol lak ambik malam jer sebiji, yg Atril ambik sebelah pagi jer 2 biji. Ni lah obat2 yg akak kene ambik, kadang tu malas & muak asyik makan obat jer ...




Ade yg kata brokoli leh menurunkan tekanan darah tinggi, tak tau ler betul ker idak, aper pun baik untuk kesihatan la kiranyer ... baru2 ni akak ade masak brokoli, masak ngan sos tiram, simple jer ...










Brokoli sos tiram simple


Bahan-bahan nya:


Brokoli, 3 sudu makan sos tiram, sedikit cube daing atau ayam, bawang putih, udang (ikut sesuka hati banyak mana), daun bawang & minyak untuk menumis.

Cara:

Tumis bawang putih, di ikuti udang, bila bawang putih agak kekuningan masukkan sedikit air dan cube ayam. Masukkan pula sos tiram, bila mendidih masukkan brokoli tadi, balik-balikkan brokoli dan tambah la aper2 perasa untuk menambah kesedapan sayur tersebut. Masak jangan terlalu lama, agak2 setengah masak padamkan api, dan boleh la di hidangkan.