Isnin, 19 Oktober 2009

TOFU TELUR SOS TIRAM HOISIN

Akak suka makan sayur yg di masak chinese style. Emmpph .... tak terkata .... letak mushroom, tofu, pekat kan kuah dengan tepung jagung ... lazat ... yg kat bawah ni salah satu masakn kegemaran akak ..










Bahan2

3 pek/silinder tofu telur/ japanese tofu
1 peket kecil cendawan tiram ~ dibelah2 jika cendawan besar
½ biji lobak merah ~ hiris memanjang
3 ulas bwg merah ~ tumbuk 2 ulas bwg putih tumbuk
Sedikit lada sulah
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos hoisin garam
Jika perlu 1 sudu besar tepung jagung ~ bancuh dengan air air secukupnya
minyak masak & sedikit minyak bijan


Cara Memasak:

1. Panaskan minyak masak. Potong dua plastik tofu dan keluarkan tofu atas tapak tangan.
Basuh dengan air paip.. kemudian dipotong anggaran 1 inci terus ke dalam minyak panas &
goreng hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.

2. Kurangkan minyak menggoreng tofu tadi dan renjiskan sedikit minyak bijan lalu tumiskan
bahan2 tumbuk hingga wangi. Masukkan air serta sedikit lada sulah, sos tiram & sos hoisin.
Biar mendidih.

3. Masukkan carrot & cendawan tiram dan biar seketika. Jika perlu tambah sikit garam.

4. Masukkan air tepung jagung & biar kuah agak2 pekat (jika pekat sgt tambah air lagi) dan
akhir sekali masukkan tofu yg telah digoreng tadi dan kacau seketika & sedia utk
dihidangkan.

Jumaat, 16 Oktober 2009

Kari Sotong manja

Anak akak yg kecik sekali (Danish) suka makan kari ... asyik minta "nak lauk kari, nak lauk kari ..." kalo pegi umah nenek dia, pasti ade lauk kari untuk dia ... jadi semalam akak masak ler lauk kari, kari sotong ... akak namakan kari ni Kari Sotong Manja ...

Kari Sotong Manja

Bahan:

1 kg sotong - bersihkan, buang gigi, tulang serta dakwat, toskan
Santan kelapa dari 1/2 biji kelapa (atau banyak mana yg anda suka)
3 Sudu makan serbuk kari
1 sudu makan pes cili kering
Bawang kecik )
Bawang putih ) di hiris halus
Halia )
Bunga lawang )
Kulit kayu manis ) Bahan menumis
Bunga Cengkih & pelaga )
Sedikit daun kari
Sejemput asam jawa atau ikut rasa masing2 (terpulang ... kalau suka lebeh masam so, taruk lebeh asam jawa)
1 biji kentang di potong dadu - kecik2
1 biji buah tomato juga di potong kecik2
2 biji cili masak - belah memanjang
Minyak untuk menumis
Cara:
Panaskan periuk dan tumis bahan2 yg di hiris beserta dgn bunga lawang & geng2nyer. Serbuk kari di bancuh dgn pes cili kering. Bila telah kuning masukkan serbuk kari tadi dan kacau. Masukkan pula daun kari. Kacau-kacau lagi, bila dah naik bau masukkan kentang dengan sedikit santan, bagi kuah renih dulu untuk mengempukkan kentang, bila agak2 kentang separuh empuk masukkan pula sotong. Kacau2 gaulkan. Bila kuah semakin pekat masukkan lagi santan dan tinggal kan sedikit untuk di bancuh dengan asam jawa. Tuangkan air asam jawa kedalam masakan, jangan lupa bahan perasa, tambah supaya lagi bertambah enak masakan anda. Akhir sekali bila kentang telah empuk masukkan tomato dan cili merah, biarkan seketika jgn terlalu lama. Padamkan api dan sedia untuk di hidang.



dah kenyang ler tu ....