Memaparkan catatan dengan label mee. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mee. Papar semua catatan

Isnin, 15 Mac 2010

MEE BANDUNG INSTANT

Setiap kali ofismate aka balik kampung dia kat Muar, akak mesti kirim kat dia pes mee bandung dan rempah soto.  Bulan puasa kalau teringin nak makan mee bandung atau soto atau mee sup, stok akak dah ade ...  baling2 jer dlm priuk ... hahahah .. jgn balik priuk udah ler, lain lak jadi nyer



ni lah dia pes mee bandung tu ... kalo untuk makan 4-5 org leh masak sehingga 3 kali ...


Bahan-bahan:

Sepeket Mee
Pes mee bandung
Beberapa ketul ayam (potong kecik2)
Beberapa ekor sotong (potong)
Udang (agak2 jer)
3 sudu makan cili kering yg dah di mesin
2 biji telur

Sedikit sayur kobis di hiris nipis
1/2 btg karot - di hiris nipis
1 bungkus putik jagung
Bunga kubis sebesar penumbuk - potong kecik2
2 biji buat tomato- belah 4
2 biji cili merah - hiris untuk hiasan
Daun bawang & daun sup jugak utk hiasan
Asam limau
Bawang putih di cincang
3 sudu makan tepung jagung bancuh ngan air (kalau nak bagi pekat)Cara:




Tumis bawang putih, bila kekuningan masukkan cili mesin.  Kacau-kacau supaya tak hangit. Pastu masukkan pula pes mee bandung, kacau lagi.  Masukkan ayam, udang serta sotong kemudian air, biarkan seketika.  Masukkan air sebanyak mana yg anda mahu.  Jangan cair sangat.  Biarkan kuah merenih. 

Sementara itu celur mee dan toskan.

Bila kuah dah mendidih, letak lah garam serta perasa.  Masukkan pula segala sayuran. Pecahkan telur.  Akhir sekali tuangkan bancuhan tepung jagung.  Kacau2 jgn bagi bergentel.  Padam kan api.  Hidang dgn mee. Simple ... pagi2 leh buat untuk breakfast ...





Isnin, 4 Mei 2009

PUCUK UBI TUMPUK

Okay .... akak ade resepi nak bagi .... hasil tangan mak akak, yg menjadi kegemaran akak ngan adik beradik akak ... masakan nyer di beri nama pucuk ubi tumbuk, cuti hari pekerja hari tu akak soh mak akak masak resepi nih ... yer la sesekali balik umah emak, rindu nak makan masakan emak ... kepada anda semua terimalah resepi yg tak seberapa ni ...

PUCUK UBI TUMBUK

BAHAN:


Pucuk ubi Bunga kantan & terung rimbang


Santan, cili api, bawang kecil & serai


CARA:



Pucuk ubi, bunga kantan & terung rimbang ditumbuk seperti gambar di atas. Selepas di tumbuk kemudian rebus sehingga ubi empuk atau air agak kering sedikit (jgn letak terlalu banyak air). Sementara itu tumbuk cili api bersama bawang kecil hingga lumat. Bila pucuk ubi telah empuk, letak santan serta cili yg di tumbuk tadi berserta serai dan jerang di atas api, proses sama seperti masak lemak yg lain, tambah perasa. Ada orang suka letak ikan bilis, terpulang pada masing2.



Ini lah dia pucuk ubi tumbuk yg telah siap di masak ...


Ni ade 2 lagi resepi akak tepek kat sini ...


MEE GORENG BLACK PEPPER



Bahan:

Mee - 1 peket

Isi ayam - 1/2 cawan

Daging kisar - 1/2 cawan

3 batang crab stik - di hiris nipis

3 batang sosej - di hiris nipis

Sedikit karot yg di hiris halus

1 labu bawang - di cincang

Bawang putih - di cincang

Lada sulah - 1 sudu makan


Lada hitam - 1 sudu makan

2 sudu makan sos tiram.

2 sudu makan butter atau marjerin


Cara:

Panaskan kuali, tumis kan bawang putih dan bawang besar, dah naik bau masukkan isi ayam dan daging kisar, kacau perlahan2, masukkan pula crab stik bersama sosej, karot dan kacau lagi, agak setengah masak masukkan lada sulah dan lada hitam, garam secukup rasa dan kacau bagi sebati, masukkan sos tiram dan letak sedikit air, kemudian masukkan mee dan kacau lagi sehingga bahan yg di tumis tadi rata pada mee. Setelah itu padam api dan boleh lah di angkat dan di hidang kan. Selamat menjamu selera.

yang bawah ni pulak adelah masak asam rebus ikan kembung ngan terung telunjuk. Terung telunjuk ni sedap kalau wat masak lemak ngan tulang ikan masin ... nanti lenkali akak masak akak tepek resepi kat sini ...



ASAM REBUS KEMBONG NGAN TERUNG TELUNJUK



BAHAN:


2 ekor ikan kembong

5 biji terung telunjuk - belah 2

1 batang bunga kantan - belah 2

2 biji buah tomato - belah 4

2 biji cili merah, 5 biji cili api, 2 ulas bawang kecil, sedikit serbuk kunyit (di tumbuk)

1 batang serai - di titik

Daun kesum, asam keping


CARA:


Di dalam periuk, letakkan bahan yg di tumbuk, bunga kantan, terung, daun kesum & serai serta 2 cawan air. Jerang atas dapur, bila mendidih, masukkan ikan dan bahan perasa serta jangan lupa asam keping. Buah tomato di masukkan sebelum menutup api dapur.