Memaparkan catatan dengan label ikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ikan. Papar semua catatan

Selasa, 4 Mei 2010

Bawal Kukus ...kUs .. KuS ... kUs semangat ...

Ini la masakan yg paling bagus di makan kalo nak diet ... tak susah, tak banyak rencahnyer, just hiris2 ... campak2 then kukus ... kukus lak sekejap jer ... dlm 15 min to 20 min, dah masak dan sedia di makan ...


Bahan:

1 ekor ikan (Bawal putih, kerapu, siakap atau aper je ikan yg korang suka)
1 sudu teh garam
1 sudu teh tepung jagung
1 sudu teh lada sulah

Bahan A:

2 sudu besar jus kasturi -  tapi akak ltk jus lemon
2 sudu besar minyak masak
2 sudu teh gula
1 sudu teh garam
1 sudu teh tepung jagung

Bahan B:

5 - 10 biji cili api - ikut kepedasan yg korang suke
2 btg serai
1 helai daub limau purut
1 inci halia
2 ulas bwg putih
Daun bawang

Cara:

Cuci ikan dan gaul dengan garam, tepung jagung serta lada sulah, biarkan dulu.

Sementara itu hiris semua bahagian B dan campur dgn bahan A dalam satu bekas.

Panaskan pengukus dan letak bekas tahan panas, akak pakai loyang jer, sbb nanti air dia keluar ...

Masukkan ikan dan tuang bahan A + B tadi, keatas ikan, rata-ratakan.  Nak tambah masam lagi potong lemon bulat2 dan ltk atas ikan.

Kukus selama 15 min hingga 20 min, bergantung kepada saiz ikan.  Bila dah masak taburkan daun bawang.




** Berpeluh2 makan panas2 ...  nak try .... ha ... try la ...

Khamis, 11 Februari 2010

IKAN TENGGIRI GULAI TEMPOYAK

Memandangkan baki tempoyak yg belum masak masih ade, akak pun aper lagi ... pagi2 masa nak pegi keje tu singgah pasar dulu semata2 nak beli ikan tenggiri sekeping ... anak2 akak dan hubby tak makan ikan yg di masak gulai, kuah nyer derang makan ... itu ler masalah nyer ... ikan tu akak la yg balun sorang ...


Bahan:

Sekeping ikan tenggiri, kerat dua
2 biji cili masak
6 biji cili api
2 ulas bawang kecik
3 sudu makan tempoyak
2 helai daun kunyit
Asam keping
Sebatang serai di titik

Cara:

Cili masak, cili api dan bawang kecik di tumbuk, jangan lumat sangat.  Masukkan dalam periuk beserta tempoyak, ikan dan serai serta air.  Sukatan air ikut kesukaan masing2 akan kepekatan nya.  Daun kunyit di hiris halus.  Bila gulai menggelegak masukkan daun kunyit dan asam keping.  Letak perasa, bila ikan dah masak tutup api.

Fuuhhh ... terbayang2 dan terbau2 gulai tempoyak ni ...


Ahad, 17 Januari 2010

IKAN KERAPU BERSOS

Dah lama tak makan ikan kerapu bersos ... teringin la pulak ... anak2 pun suka makan ikan kerapu bersos ni ... kira sweet & sour la ... jom layan resepi nih ... untuk 3 org punya makan ....

Bahan:

Seekor ikan kerapu yg saiz tak kecik dan tak besar - sedang2
I biji tomato - belah2
1 biji cili benggala - hijau (potong dadu)
1 biji lada merah - hiris2 panjang
1 labu bawang besar - potong bulat
1/2 cawan cili sos
1/2 cawan tomato sos
1 sudu makan cuka
1/2 cawan air
1 sudu makan gula atau secukup rasa

Bahan untuk menumis

2 biji bawang kecil - hiris
2 biji bawang putih - hiris
1/2 inci halia - hiris
2 sudu makan minyak masak

Cara:




Ikan yg telah dibersihkan di goreng garing, pastu ketepikan

Tumis bahan yg telah dihiris, bila kekuningan, masukkan sos cili dan sos tomato, kacau2, masukkan cuka serta air.  Bila dah mendidih masukkan cili benggala, lada merah serta bawang.  Letak gula, dan bahan perasa yg lain, akhir sekali masukkan buah tomato, kacau 2 - 3 kali dan matikan api.  Curah kan sos tadi atas ikan, siap untuk di makan ....












Khamis, 7 Januari 2010

SAMBAL MANTAH IKAN BILIS & GORENG IKAN BILIS BASAH BERTEPUNG

Dah lama akak tak buat sambal mantah ni ... sambal mantah ni sedap makan dengan nasi panas-panas, tapi satu jer ... jgn ade banyak lauk ... makan nasi dgn sambal ni jer .. plus telor mate kerbau ker ... hmm ... meleleh air lior akak ...

Sambal mantah ikan bilis



Bahan:

1 Mangkuk kecik ikan bilis yg dah di kopek
2 biji cili masak
4 biji cili api
2 ulas bawang kecik
2 biji limau kasturi

Cara:

Ikan bilis di basuh, ketepikan.  Tumbuk cili masak bersama-sama cili api, kalau nak pedas lagi sila tambahkan cili api tu ... letak garam sekali, bila agak lumat masukkan ikan bilis yg telah di basuh tadi, tumbuk lagi, agak-agak pecah 2, pastu perahkan asam limau dan gaul hingga sebati .... tada ....... dah siap, simple dan senang kan ... ni lauk kalo malas nak masak beriya-iya ... makan dengan nasi panas2 ....



Ikan bilis basah goreng tepung




Ikan bilis yg telah  di bersihkan


Tepung Beras



Ikan di kunyit dan di garamkan



Bancuh tepung beras dan celupkan ikan tadi dan terus goreng



Ha ... dah siap ... ratah cenggitu pun sodap ... anak2 akak suka betul kalo akak goreng ikan ni ...



Ahad, 6 September 2009

Rendang Ikan Tongkol ... wow ...

Satu ari tu akak rasa tak taw aper nak di masak ... akak terpikir kenapa tak cuba ikan tongkol di buat rendang ... saja2 la akak cuba ... ni la hasil nyer ...

Bahan-bahan

Ikan tongkol sederhana besar
3 sudu besar pes cili kering
Cili api 10 - 15 biji*
5 biji bawang kecik*
3 biji bawang putih*
1 inci halia*
Lengkuas ikut suka*
3 batang serai
Santan RM1
2 sudu makan kerisik
2 helai daun kunyit, 1 - di simpul dan lagi 1 di hiris halus

Cara:

Ikan di siang dan di kerat-kerat, selepas di bersihkan rebus dalam periuk sehingga agak separuh masak.



Sementara itu kisar bahan yg bertanda *.

Dalam kuali letak santan, bahan yg di kisar & pes cili kering, jerang kan di atas dapur. Kemudian masukkan daun kunyit. Masak hingga kuah agak pekat.



Bila kuah agak pekat masukkan ikan yg dah di rebus, biarkan kuah agak kering sedikit lalu masukkan kerisik di ikuti bahan perasa, garam dan sebagainyer ... akhir sekali taburkan daun kunyit yg telah di hiris.

Ini lah ruper nyer bila dah siap ... makanlah dengan nasi ...