Memaparkan catatan dengan label rendang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rendang. Papar semua catatan

Ahad, 6 September 2009

Rendang Ikan Tongkol ... wow ...

Satu ari tu akak rasa tak taw aper nak di masak ... akak terpikir kenapa tak cuba ikan tongkol di buat rendang ... saja2 la akak cuba ... ni la hasil nyer ...

Bahan-bahan

Ikan tongkol sederhana besar
3 sudu besar pes cili kering
Cili api 10 - 15 biji*
5 biji bawang kecik*
3 biji bawang putih*
1 inci halia*
Lengkuas ikut suka*
3 batang serai
Santan RM1
2 sudu makan kerisik
2 helai daun kunyit, 1 - di simpul dan lagi 1 di hiris halus

Cara:

Ikan di siang dan di kerat-kerat, selepas di bersihkan rebus dalam periuk sehingga agak separuh masak.



Sementara itu kisar bahan yg bertanda *.

Dalam kuali letak santan, bahan yg di kisar & pes cili kering, jerang kan di atas dapur. Kemudian masukkan daun kunyit. Masak hingga kuah agak pekat.



Bila kuah agak pekat masukkan ikan yg dah di rebus, biarkan kuah agak kering sedikit lalu masukkan kerisik di ikuti bahan perasa, garam dan sebagainyer ... akhir sekali taburkan daun kunyit yg telah di hiris.

Ini lah ruper nyer bila dah siap ... makanlah dengan nasi ...


Rabu, 8 April 2009

Tugas seorang isteri a.k.a. ibu

Memasak

Setiap hari tak mis nyer mesti masak ... semestinyer untuk asben dan anak-anak ... bermula jam 5.30 pagi (kalo hari berkerja) dah start masak breakfast tok anak yang ade di rumah, pastu untuk lunch lak ... aishhh ... penat ...




ni rendang ayam akak, masak malam-malam, sebab esok nak makan ngan nasi lemak ...

selalu nya untuk satu minggu dah plan nak masak aper untuk minggu tu ... amacam ... menggoda tak akak nyer rendang nih ...










Ni adelah masak lemak kemumu dgn ayam ... anak akak yg no. 3, suka sangat ngan gulai kemumu nih ... tau tak ape tu kemumu ... kemumu ni macam atau adik beradik keladi gak, tp lebih enak dari btg keladi ....




ha ... ni la btg kemumu, ade jual kat pasar, bahagian sayur kampung, satu ikat lam RM1 jer .... kemumu tu kene siat kulit luar dia dulu baru masak ... kemumu tak gatal cam btg keladi, so tak yah takut ...



Masak lemak kemumu + ayam

1 ikat kemumu (siat kulit, dan potong2 ikut suka, serong ke, pjg2 ker ato nipis2)
Santan kelapa - RM2
Ayam (ikut suka banyak mana, nak potong kecik2 ke ato pun besar)
Cili api lam 15 biji
Bwg kecik - 4 biji
Serai
Daun kunyit
Asam keping

Cara

Cili api di tumbuk atau di blend dgn bwg kecil, pastu campurkan dengan santan dan letak ayam & daun serai. Jerang atas dapur, kacau selalu. Bila nak menggelegak tu masukkan kemumu tadi serta daun kunyit dan asam keping, kacau lagi jgn bagi sanan pecah dan letakkan perasa dgn secukup rasa, apabila ayam telah masak dan kemumu pun dah lembut boleh la diangkat dan di hidang kan ...



ini la ropa butter prawn akak ... tak menjadi .... baru first time buat, tapi habis gak makan ...