Memaparkan catatan dengan label resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi. Papar semua catatan
Selasa, 20 April 2010
KERABU MANGGE
Pasti ramai yg terlior tgk wah mangge ni kan ... especially mak2 buyung tu ... tapi seriously ... akak dulu masa preggy tak lak pulak asyik nak makan buah mangge ker, kedondong ker ... asam2 ker ... tp hubby yer ... baru akak nak ngandong, dia dah ngidam dulu dah ... sape tak suka kerabu mangge ... angkat tangan ... hek eleh ... cam ler aku nampak korang angkek tangan ... nak buat dia senang jer ....
Sebiji mangga, buang kulit, hiris halus, mesti korang penah tengok kan ...
ha ... cam ni ... nak pakai pemarut pun leh gak, tp kurang cantik la ... okay ... hiris bawang besar, tumbuk cili padi dlm 5-6 biji, bila dah agak lumat masuk kan 1 sudu makan udang kering, tumbuk lagi, tapi jgn sampai lumat, jgn lupa letak garam dan sedikit gula ... tak yah perah asam limau, sebab nyer dah masam ... gaul kesemua bahan hingga sebati ....
Sedikit kacang tanah, goreng tanpa minyak, pastu buang kulit dan tumbuk. Tumbuk jangan halus sangat dan tabur kan atas kerabu tadi ...
Rabu, 24 Februari 2010
KERABU DAUN SELOM
Ari tu pegi pasar bila tengok daun selom, teringat lak dah lama tak makan kerabu daun selom, akak pun sambar ler seikat daun selom ... niat di hati nak buat kerabu ler tu ... letak sikit kerang rebus ... mmmm mesti sedap punyer ...
Bahan:
Se ikat daun selom
1/2 biji kelapa
Semangkuk kecik kerang rebus
2 biji cili masak
7 - 8 biji cili api
1 labu bawang besar (size kecik sikit)
2 biji limau kasturi
Cara:
Bahan:
Se ikat daun selom
1/2 biji kelapa
Semangkuk kecik kerang rebus
2 biji cili masak
7 - 8 biji cili api
1 labu bawang besar (size kecik sikit)
2 biji limau kasturi
Cara:
Potong-potong daun selom dan basuh, pastu toskan.
Kelapa di rendang sekejap atas api dalam kuali. Tumbuk cili api dengan cili masak, letak garam dan bahan perasa sekali. Bila dah agak lumat gaul kan dengan kelapa dan kerang rebus dalam satu bekas. Bila dah sebati masukkan daun selom, perahkan asam limau dan kacau lagi sehingga semuanyer mesra. Dan hidang kan.
Khamis, 4 Februari 2010
POPIA BERSIRA
Anak akak yg no. 3 tu sibuk nak jual jajan kat kawan2 dia ... akak dah bagi tau salah jual makanan kat sekolah, nanti kene tangkap ngan cikgu atau pengawas ... tp degil sgt ... kawan2 dah tanya mana jualan ... akak ni mana ade masa ... balik keje dah penat ... nak buat keje rumah lagi ... tapi dah bising jer nak bawak jajan ke sekolah. Mula2 buat kacang goreng, habis jualan ... pastu buat popia bersira lak ... abih gak ... ni ade resipi nyer ...
Bahan:
• Secukup kulit popiah
• Minyak untuk menggoreng
• Secukup gula kastor
• Sedikit tepung gandum dicampur sedikit air utk dijadikan pelekat
Kulit popia serta lidi bunga telor tu ...
Tepung jagung bancuh ngan sedikit air
Cara:
Gulung dgn lidi
Gulung cam ni yer ..
potong serong2 cam dlm gambar ..., pastu goreng sehingga keemasan, angkat dan toskan ...
bila dah sejuk taburkan gula kastor ... kasi rata-rata ... ha dah boleh di ngap-ngap ...
Khamis, 21 Januari 2010
PAJERI NENAS
Ahad lepas pegi pasar, ternampak buah nenas, teringin lak nak masak pajeri ... abang suka pajeri nenas ... tanya kat peniaga tu baper harga sebiji nenas ... RM3 .. nenas madu ... mesti sedap wat pajeri ..
Bahan: (untuk 4 org makan)
1/2 biji nenas
Santan RM1 (senang beli santan jer)
1 peket serbuk kari
1 sudu makan udang kering
2 sudu makan kerisik atau lebih sikit pun boleh
2 ulas bawang kecik - hiris*
2 ulas bawang putih - hiris*
1 inci halia - hiris*
Bunga lawang*
Kulit kayu manis*
Buah pelaga*
Bunga cengkih*
2 biji cili merah - belah 4 atau 2
Minyak untuk menumis
Gula
Cara:
- Buang kulit nenas beserta mata, bersihkan dan toskan. Kemudian potong nenas ikut suka hati, samada half cut atau quarter cut.
- Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan yg bertanda *. Bancuh serbuk kari.
- Bila bahan yg di tumis dah agak garing, masukkan serbuk kari. Kacau ... jgn tak kacau ... nanti serbuk kari hangit ...
- Bila dah naik minyak masukkan santan, tambah sedikit air, masukkan udang kering yg dah di cuci terlebih dahulu.
- Bila mula menggelegak masukkan kerisik, gula dan garam. Rasakan gulanyer. Rasa pajeri ni mestilah cam manis sikit. Imbang kan dgn garam.
- Masukkan pula nenas, kacau2 pajeri. Akhir sekali masukkan cili merah
Ade akak ketinggalan aper2 tak pasal resepi nih ...
Ahad, 17 Januari 2010
IKAN KERAPU BERSOS
Dah lama tak makan ikan kerapu bersos ... teringin la pulak ... anak2 pun suka makan ikan kerapu bersos ni ... kira sweet & sour la ... jom layan resepi nih ... untuk 3 org punya makan ....
Bahan:
Seekor ikan kerapu yg saiz tak kecik dan tak besar - sedang2
I biji tomato - belah2
1 biji cili benggala - hijau (potong dadu)
1 biji lada merah - hiris2 panjang
1 labu bawang besar - potong bulat
1/2 cawan cili sos
1/2 cawan tomato sos
1 sudu makan cuka
1/2 cawan air
1 sudu makan gula atau secukup rasa
Bahan untuk menumis
2 biji bawang kecil - hiris
2 biji bawang putih - hiris
1/2 inci halia - hiris
2 sudu makan minyak masak
Cara:
Ikan yg telah dibersihkan di goreng garing, pastu ketepikan
Tumis bahan yg telah dihiris, bila kekuningan, masukkan sos cili dan sos tomato, kacau2, masukkan cuka serta air. Bila dah mendidih masukkan cili benggala, lada merah serta bawang. Letak gula, dan bahan perasa yg lain, akhir sekali masukkan buah tomato, kacau 2 - 3 kali dan matikan api. Curah kan sos tadi atas ikan, siap untuk di makan ....
Khamis, 7 Januari 2010
SAMBAL MANTAH IKAN BILIS & GORENG IKAN BILIS BASAH BERTEPUNG
Dah lama akak tak buat sambal mantah ni ... sambal mantah ni sedap makan dengan nasi panas-panas, tapi satu jer ... jgn ade banyak lauk ... makan nasi dgn sambal ni jer .. plus telor mate kerbau ker ... hmm ... meleleh air lior akak ...
Sambal mantah ikan bilis
Bahan:
1 Mangkuk kecik ikan bilis yg dah di kopek
2 biji cili masak
4 biji cili api
2 ulas bawang kecik
2 biji limau kasturi
Cara:
Ikan bilis di basuh, ketepikan. Tumbuk cili masak bersama-sama cili api, kalau nak pedas lagi sila tambahkan cili api tu ... letak garam sekali, bila agak lumat masukkan ikan bilis yg telah di basuh tadi, tumbuk lagi, agak-agak pecah 2, pastu perahkan asam limau dan gaul hingga sebati .... tada ....... dah siap, simple dan senang kan ... ni lauk kalo malas nak masak beriya-iya ... makan dengan nasi panas2 ....
Ikan bilis basah goreng tepung
Ikan bilis yg telah di bersihkan
Tepung Beras
Ikan di kunyit dan di garamkan
Bancuh tepung beras dan celupkan ikan tadi dan terus goreng
Ha ... dah siap ... ratah cenggitu pun sodap ... anak2 akak suka betul kalo akak goreng ikan ni ...
Rabu, 16 Disember 2009
TIMUN TUA GULAI DGN UDANG
Okay .. senang jer nak masak gulai ni ... mungkin ade yg tak penah makan timun tua ni ... akak pandai makan pun sebab mak akak selalu masak timun tua nih ...
Bahan-bahan seperti di atas ni la ...
Timun tua
Cili api, bawang kecik
Asam keping
Santan, udang
Serai, serbuk kunyit
Cara:
Tumbuk cili api bawang kecik tu dgn serbuk kunyit dan garam masukkan dalam periuk dan letak santan sekali, letak juga udang & serai, tak dek serai kang tak wangi gulai, jerang atas dapur, kacau2 jgn bagi pecah santan ... bila mendidih masukkan timun di ikuti asam keping, timun tadi potong kecik2 atau dadu ker ... kacau lagi, letaklah bahan perasa ... akhir sekali padam api ... dah boleh di makan ...
Selasa, 15 Disember 2009
HATI AYAM MASAK KICAP
Mungkin ade antara kita yg tak suka makan hati ayam, dan mungkin ade antara kita yg suka lak makan hati ayam. Kali ni akak nak persembahkan resepi hati ...... hati ayam masak kicap ....
Bahan-bahan:
200 gm hati ayam
1/2 cawan kicap manis
2 susu makan cuka
2 ulas bwg kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 biji cili - di hiris panjang
1 biji bawang besar - potong bulat
1 sudu makan lada hitam di tumbuk/1 sudu makan serbuk lada hitam
1 btg kulit kayu manis
3 biji lawang
Sedikit buah pelaga
Sedikit bunga cengkih
2 sudu makan minyak masak
Cara:
Hati ayam di bersihkan, di tos dan rebus sehingga masak. Bawang kecik, bwg putih dan halia di hiris untuk kegunaan menumis. Panaskan api dan tumiskan bahan2 yg dihiris serta dgn kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga & bunga cengkih. Kacau2 hingga agak kekuningan masukkan kicap, masukkan cuka serta sedikit air. Bila dah gelegak tu masukkan hati ayam yg telah di rebus, biar kan mendidih dlm kuali. Masukkan pula lada hitam yg telah di tumbuk ataupun serbuk nyer ...
Akhir sekali masukkan cili merah serta bawang besar, jgn lupa rasa dulu, tambah lah garam atau bahan perasa untuk menambah kesedapan masakan anda semua. Tutup api dan hidang kan.
Ni dia.... hati ayam masak kicap akak ....
Selasa, 17 November 2009
SAMBAL GORENG KEREPEK UBI KAYU
Adik ipar akak bagi la lebihan kerepek2, keropok yg dia beli dari Indon bulan Jun ari tu ... dah tak abis dia pass la kat akak ... hubby kata wat sambal dgn ikan bilis, sedap nih ... akak pun cuba la ...
Bahan-bahan:
100 gm ikan bilis yg dah di kopek
1 mangkuk kerepek kering ubi kayu
4 biji cili masak *
7 - 8 biji cili padi (cili api) *
2 biji bawang kecil *
Minyak untuk menumis
Ini lah rupa kerepek ubi kayu kering. Ubi yang di rebus, lepas tu di hiris, di keringkan iaitu di jemur bawah matahari, jadi la kerepek, ia sebenar nye di goreng dan di sira dgn gula wat kudap-kudapan.
Cara:
Mesin atau tumbuk bahan yg bertanda *. Kerepek ubi di goreng dan ketepikan, begitu juga dgn kerepek ubi. Ketepikan.
Dah siap ... boleh lah di makan ... ape lagi, cuba la ...
Ahad, 8 November 2009
MASAK LEMAK KACANG BOTOL & UDANG
Jumpa lagi ... kali ini akak bagi resepi masak lemak kacang botol & udang ... resepi akak ni simple ajer kan .... yg tak tau masak pun reti nak buat ... tapi itu la .... suka-suka nak tepekkan aper yg akak masak ... akak kongsi kat sini ....
Bahan:
7-8 btg kacang botol
200 gm udang basah
RM1 santan
7 - 8 biji cili api
2 biji bawang kecik
1 batang serai
1 sudu teh serbuk kunyit
sekeping asam keping
Cara:
Kacang botol dikerat sepanjang1 1/2 inci atau 2 inci, basuh dan toskan. Udang di buang kepala dan ekor. Tumbuk cili api, bawang kecik, serbuk kunyit & garam hingga lumat. Masukkan dalam periuk yg dah ade santan, tambahkan sedikit air (agak2, jgn pekat sgt atau cair). Serai di titik dan masukkan kedalam santan tadi dan jerang atas dapur. Udang juga masukkan sekali. Kacau gulai, bila agak nak mendidih masukkan kacang botol kemdian di ikuti asam keping, kacau-kacau gulai dan tambahkan perasa. Bila kacang dah agak lembut dan dah menggelegak tak payah tunggu lama, nanti kacang botol tu masak sgt dah tak sedap, tutup api. Kira dah siap di makan ....
Isnin, 2 November 2009
ROSELLE
Bunga roselle
Dari dekat ...
Cara nak wat sirap ni senang jer ... rebus bunga roselle dlm periuk selama 1 1/2 jam, letak gula .... tunggu sejuk sedikit tapis air rebusan tersebut dan simpan dlm bekas.
pati roselle setelah di rebus selama 1 1/2 jam .. seelok nya simpan dalam peti sejuk ...
tambah sedikit air pada sirap jika hendak minum .... sedia untuk di minum
ROSELLE - Hibiscus sabdariffaHibiscus rosasinensis ialah bunga raya yang menjadi kebanggaan rakyat sebagai bunga kebangsaan negara. Spesies bunga raya yang dimaksudkan ialah Hibiscus sabdariffa L. atau lebih dikenali dengan nama Roselle. Roselle dikatakan berasal dari India dan ada juga yang katakan ia nya berasal dari Afrika Barat.
Di Afrika, biji Roselle dimakan kerana dikatakan mengandungi minyak tertentu. Di Sudan, Roselle diproses menjadi minuman tradisional yang dinamakan Karkadeh dan merupakan minuman kebangsaan orang Sudan .
Di Afrika, biji Roselle dimakan kerana dikatakan mengandungi minyak tertentu. Di Sudan, Roselle diproses menjadi minuman tradisional yang dinamakan Karkadeh dan merupakan minuman kebangsaan orang Sudan .
Salut bunga ini boleh diproses menjadi pelbagai jenis hasilan seperti minuman, halwa, jeli, sos, jeruk dan serbuk atau helaian minuman Roselle.
Khasiat dan Kegunaan Roselle
Kaliks atau kelopak buah Roselle yang berwarna merah kaya dengan vitamin A dan C serta zat mineral. Dengan menjadikannya sebagai teh ubatan, herba ini dapat membantu mempercepatkan peredaran darah, mengurangkan tekanan darah tinggi di samping memberi kesan awet muda. Kaliksnya boleh diproses menjadi jem, halwa, jeli, jeruk dan juga pewarna makanan. - Sumber di petik dari wikipedia -
Langgan:
Catatan (Atom)

