Isnin, 21 Disember 2009

MARDHIAH DAH KAWIN .... HUHUHU ...


12 December 09, mungkin merupakan tarikh yg akan tersemat di hati kedua pasangan ini, MARDHIAH & KAPT. SHAIFUL bila mereka di nikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan iaitu Imam Yahya selepas solat Zohor ... wah ramai nyer rombongan dari pihak lelaki ... Mardhiah ataupun Mar merupakan anak sedare hubby akak ... kedua-duanyer berkelulusan dari Mesir, Mardhiah mengajar di Sekolah Agama Klang, Shaiful pula bertugas di Kagat ...

Masing-masing baru lepas isi perut ...


Pelamin tempat bersatu 2 hati

 

Hantaran dari pihak perempuan



Ini sebahagian hantaran dari pihak lelaki

Sebelum pernikahan di mulakan pihak lelaki berurusan dgn pihak perempuan, pihak perempuan di wakili oleh Haji Ahmad, biras akak sambil di saksikan oleh Imam Yahya


Yang berserban ini adalah bakal menantu yg seterusnya, Imam Fazley, bertindak sebagai jurunikah pada hari tersebut,


Pak mertua sedang ngetest menantu ...


Ijab sedang di jalankan

Debaran seorang pengantin

Si baju hijau (Nana) ... adik kepada Mardhiah, tidak lama lagi akan bernikah dgn cik abang yg kat depan nu ... kalo sampai jodoh Nana bernikah dgn Imam Fazley ...


Menyerahkan mas kahwin



Batal air sembahyang dengan rantai tangan
Cincin dari Mardhiah



13 December 09 hari bersatu nyer bagi pasangan ini


Menyiapkan makanan pengantin

Kapt. Shaiful ... akak yg siapkan, dulu akak mengandam, skang tak lagi .... tp org dah minta tolong, kita tolong mana yg patut ... sama cantik sama padan ... bak pinang di belah dua ..





Anak-anak saya + anak sedare dgn pengantin



Ketibaan tetamu V.I.P ... kih ... kih... kih ...



Ini la yg dapat akak beri pada kedua mempelai ... merupakan barangan Tupperware


Semoga perkahwinan dua insan ini di berkati dan di rahmati Allah Subhanawata'ala, berbahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat hendak nyer ...



Rabu, 16 Disember 2009

TIMUN TUA GULAI DGN UDANG

Okay .. senang jer nak masak gulai ni ... mungkin ade yg tak penah makan timun tua ni ... akak pandai makan pun sebab mak akak selalu masak timun tua nih ...

 

Bahan-bahan seperti di atas ni la ...

Timun tua
Cili api, bawang kecik
Asam keping
Santan, udang
Serai, serbuk kunyit


Cara:

Tumbuk cili api bawang kecik tu dgn serbuk kunyit dan garam masukkan dalam periuk dan letak santan sekali, letak juga udang & serai, tak dek serai kang tak wangi gulai, jerang atas dapur, kacau2 jgn bagi pecah santan ... bila mendidih masukkan timun di ikuti asam keping, timun tadi potong kecik2 atau dadu ker ... kacau lagi, letaklah  bahan perasa ... akhir sekali padam api ... dah boleh di makan ...





Selasa, 15 Disember 2009

TAHLIL UNTUK ARWAH ABAH - TELAH 41 TAHUN PULANG KE RAHMATULLAH

Posting ni di ambil dari blog yg lama buat tatapan semua dan buat kenangan kepada aku ....























Pada 14 Februari 2009, kami sekeluarga mengadakan tahlil buat Abah yg telah kembali kerahmatullah pada 14 Februari 1968. Diam tak diam dah 41 tahun Arwah Abah pergi menemui Tuhan. Memang setiap tahun kami sekeluarga mengadakan tahlil untuk Abah yg hanya di hadiri kami adik beradik dengan keluarga masing-masing, dan tak lupa kami menjemput Mak Nyah sekeluarga setiap kali mengadakan tahlil. Bermula dari waktu maghrib sembahyang berjemaah, diikuti bacaan Yasin serta tahlil dan di akhiri dengan solat Isyak. Selalu nya Along, abang ku yg sulong akan mengetuai acara selaku imam. Se usai solat Isyak, kami pun apa lagi terus menyerang hidangan pada malam itu ....



HATI AYAM MASAK KICAP


Mungkin ade antara kita yg tak suka makan hati ayam, dan mungkin ade antara kita yg suka lak makan hati ayam.  Kali ni akak nak persembahkan resepi hati ...... hati ayam masak kicap ....






Bahan-bahan:

200 gm hati ayam
1/2 cawan kicap manis
2 susu makan cuka
2 ulas bwg kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 biji cili - di hiris panjang
1 biji bawang besar - potong bulat
1 sudu makan lada hitam di tumbuk/1 sudu makan serbuk lada hitam
1 btg kulit kayu manis
3 biji lawang
Sedikit buah pelaga
Sedikit bunga cengkih
2 sudu makan minyak masak


Cara:

Hati ayam di bersihkan, di tos dan rebus sehingga masak.  Bawang kecik, bwg putih dan halia di hiris untuk kegunaan menumis.  Panaskan api dan tumiskan bahan2 yg dihiris serta dgn kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga & bunga cengkih.  Kacau2 hingga agak kekuningan masukkan kicap, masukkan cuka serta sedikit air. Bila dah gelegak tu masukkan hati ayam yg telah di rebus, biar kan mendidih dlm kuali.  Masukkan pula lada hitam yg telah di tumbuk ataupun serbuk nyer ...

Akhir sekali masukkan cili merah serta bawang besar, jgn lupa rasa dulu, tambah lah garam atau bahan perasa untuk menambah kesedapan masakan anda semua.  Tutup api dan hidang kan.

Ni dia.... hati ayam masak kicap akak ....




ANEES DAH SEPULUH TAHUN


Pada hari Raya Haji yg baru-baru ni akak buat befday untuk anak dara akak nih ... kira belated befday la ... actual befday dia pada 12 November ....





Kek yg ditempah dari Yatie Cooking





make a wish Anees ... make a wish ......













Ieqa pun nak potong gak ... potong ... potong .... potong .... potong (ikut lagu iklan potong ... kui... kui...)





 Danish perasan cam dia nyer bezday ... hahahah ...








ni ... anak beranak Ijan & Faizal ... tetamu yg paling awal sampai ...




Ijam & Fatin



 Anis & de gang ... school mate dia ...









Hadiah dari Ijam & Family ...



 



Yg ni hadiah dari Mama




Selasa, 24 November 2009

KACANG PANJANG GORENG SUHUN & SUP CENDAWAN BUSUT

KACANG PANJANG GORENG DGN SUHUN





Kepada yang suka dengan sayur kacang panjang, akak nak kongsikan masakan kacang panjang goreng dgn suhun ini dengan anda semua ...





Bahan-bahan nye seperti gambar kat bawah ni:






Sayur kacang panjang dalam 6-7 btg, ricih macam tu, sedikit cili merah di potong-potong serong dan bwg besar di hiris, tempe setengah bungkus, potong dadu dan di goreng





Tahu 1 keping goreng dan potong dadu juga, sedikit udang kering

Suhun di goreng
Tambahan:
Bawang putih di cincang, 2 ulas bawang kecik ditunbuk dgn sedikit garam.

Cara:

Panaskan kuali dan tumiskan bawang putih serta bawang yg di tumbuk tadi. Kacau supaya tak hangus. Letak sedikit air (ade org letak sedikit santan) dan biarkan didih, bila dah didih masukkan udang kering dan sayur kacg panjang. Balik-balikan, masukkan pula tahu, tempe serta suhun yg telah di goreng. Kacau rata dan tambah bahan perasa. Tutup api. Isi kan ke pinggan dan hidang dengan nasi serta lauk pauk lain. Selamat menjamu selera.




SUP CENDAWAN BUSUT


Hari Ahad lepas asben akak pegi kutip cendawan busut yg tumbuh kat kebun pakcik dia. Dah lama tak makan cendawan busut ni, kalau makan pun yg cendawan ternak nyer ... hmm sedap ... manis betul ... ini paling simple nyer sup ....


Baru selesai cuci ... ni fresh punyer nih ....



Dah siap di masak ... tunggu nak kene ngap ... kelakar kan ...
Bahan:
Cendawan dlm 10 btg
sedikit ikan bilis buang kepala dan tulang*
2 ulas bwg kecik*
2 ulas bwg putih*
1 biji cili merah - hiris2
setengah labu bwg merah - hiris2
Cara:
Tumbuk bahan yg bertanda * dan tumis. Bila dah kekuningan masukkan 2 cawan air, biarkan mendidih. bila dah mendidih masukkan cendawan, di iringi bawg besar dan cili merah. Jangan lupe bahan perasa untuk menambah kan kesedapan masakan anda.




Khamis, 19 November 2009

LAUK-PAUK KU

Ni adalah antara lauk pauk yg selalu akak masak dan menjadi kegemaran akak sekeluarga

Asam pedas tulang lembu dan sayur Pak Choy goreng tahu kering

Anak perempuan akak yg no. 3 tu kalau akak goreng sayur dgn tahu kering, dah gerenti dia pilih tahu tu aja ...



Sambal terung & Ikan masak cuka

Dolu2 masa kecik2, bila mak masak ikan masak cuka ni ... cukup menyampah, sbb aper, bau cuka tu busuk la sgt ... tp skarang ni akak kdg2 rindu nak makan masak cuka, sekali sekala masak ler ....