Rabu, 26 Ogos 2009

Kuih Bakar

Dah lama akak teringin nak buat kuih bakar ni sebab suka makan, puasa yang kedua akak cuba buat.




Adunan kuih bakar


KUIH BAKAR

Bahan-bahan:


1 cawan gula
3/4 cawan jus pandan (atau air + pandan essence)
2 cawan tepung gandum
2 1/4 cup santan (atau 1 can santan-450ml )
2 sudu makan butter
3 biji telur
1/2 sudu teh garam
colour hijau
bijan


Cara-cara


campurkan semua bahan. blend samapi sebati.
masukkan 2 tbs minyak dlm loyang .
panaskan loyang dlm oven. bila minyak dah panas, masukkan mixture tadi kuih, taburkan bijan. bakar @180 sampai brown atau garing.





ni la rupe nyer dah siap, tak dek acuan yg berbunga, yg ni pun jadi.



Anees puasa yg kedua tak dapat berpuasa kene sakit tekak dan selsema ... ni kat Klinik Kerajaan pada hari Selasa, buat check-up

Khamis, 6 Ogos 2009

PERIA (KANBAS) MASAK TAUCU

Bahan-bahan:




1 mangkuk kecil Peria (kanbas), potong sebegini, sedikit timun potong kecil-kecil, buang empulur



3 sudu makan taucu, 6 biji cili hijau, belah tengah, 1 cawan air asam jawa, beberapa ulas bawang merah dan bawang putih, 1/2 inci halia, kesemuanya di hiris, 2 sudu makan minyak masak untuk menumis, gula untuk perasa


Cara-cara



Panaskan kuali, letak minyak masak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia, bila kekuningan masukkan taucu dan kacau. Bila naik bau dan agak garing masukkan air asam jawa, kepekatan kuah ikut pada citarasa masing-masing, seeloknya berkuah. Masukkan gula lebeh kurang 1 sudu makan, biar rasanya ade masam dan ade manis. Bila mendidih masukkan peria, kacau lagi, agak dah setengah masak masuk pula cili hijau dan timun, kacau-kacau, biar kan renih sekejap, kalau ade lebihan ikan goreng semalam boleh juga di masukkan, lepas tu boleh lah di padamkan api. Angkat dan hidangkan bersama nasi.



Sedia di makan.








































































































Khamis, 18 Jun 2009

APAM GULA MERAH

Pertama kali akak buat Apam ni, kala nyer pucat jer ... pastu semalam akak buat lagi tapi akak ubah sikit resepi nyer ... resepi akak ambik dari myresipi.com ...


APAM GULA MERAH


BAHAN:



2 cawan tepung gandum
4 sudu makan gula pasir (boleh tambah, ikut rasa masing-masing)
1 1/2 sudu teh dry yeast
3/4 cawan air
Secubit garam

*1 cawan gula melaka yg telah dihiris
*1 cawan air
*sehelai daun pandan



Ini yang dah di campur semua bahan-bahan




CARA:


Masak bahan bertanda* hingga gula melaka larut dan dibiarkan sejuk.
Campurkan semua bahan dan air gula yg telah sejuk dan gaul rata.
Seeloknya campuran tadi di masukkan didalam bekas besar. Tutup dan bibiarkan selama 40min atau sehingga adunan naik hingga 3x ganda.
Tuangkan adunan kedalam loyang yg telah dilengserkan minyak. Biar sekejap dlm 5 min.
Kukus adunan selama 30-35 min atau bila dicucukkan lidi, lidi keluar bersih.
Sedap dimakan dgn kelapa parut yg digaul dgn sedikit garam.



Apam dah siap ..... dah sedia di makan ...




Rabu, 17 Jun 2009

ROTI GULUNG SOSEJ



Ade satu pagi tu tak taw nak buat breakfast aper ... so akak pun buat ler roti gulung nih ... baru ssekarang nak update resepi nih sebab tak dek masa nak masuk, lepas tu Internet cam ade problem jer ... so cara nyer senang dan simple ....


ROTI GULUNG SOSEJ
BAHAN:
1 BUNGKUS ROTI
1 BUNGKUS SOSEJ/HOTDOG
2 BIJI TELOR
SEDIKIT LADA SULAH
GARAM, SERBUK PERASA
sedikit minyak untuk menggoreng
CARA:
Roti buang tepi, tapi akak takpotong sebab suka tepi tu, pastu lenyek ngan roller kasi nipis roti tu. Telur di pukul dengan lada sulah dan letak garam serta serbuk perasa. Ketepikan. Ambil sebatang sosej, gulung dengan roti. Sebelum itu panaskan kuali dan letak sedikit minyak untuk menggoreng, bila kuali dah panas goreng roti tersebut sehingga agak garing. Lepas itu boleh lah di angkat dan di hidangkan.
TADA ....... ini ler roti yg akak goreng, agak itam sikit, walaupun nampak tak cantik gorengan nyer tapi akak suka .....




Cuba lah ... untuk minum pagi ker atau minum petang ....



Isnin, 1 Jun 2009

NASI GORENG BLACK PEPPER

Salam semua ... ni ade resepi terbaru dari akak ... ade beberapa resepi nak masuk kat sini tapi akak agak sibuk skang ni, tak de masa nak masukkan ... resepi hari ini adelah ... jeng ... jeng... jeng ... Nasi Goreng Black Pepper ....


BAHAN-BAHAN:


2 mangkuk nasi sejuk yg dah semalaman
1 mangkuk isi ayam
1 biji telur ayam (di goreng hancur dan ketepikan dulu)
3 btg sosej (di hiris)
1/2 mangkuk karot di hiris halus & panjang
2 sudu makan serbuk black pepper
2 sudu makan sos tiram
2 biji bawang putih di cincang
3 sudu makan minyak untuk menumis
Daun bawang & daun sup untuk hiasan


CARA:

Nasi di ramas supaya berderai dan tak berketul. Tumis bawang putih dan masukkan isi ayam, goreng sehingga agak garing, masukkan sosej dan kacau lagi. Bila agak garing masukkan pula karot, di ikuti sos tiram, gaul lagi, masukkan pula black pepper serta bahan perasa, setelah sebati masukkan nasi dan kacau bagi sebati. Masukkan pula telur yang telah di goreng hancur dan kacau bagi sebati. Balik-balikkan nasi supaya mesra dengan bahan perasa. Lepas itu padam api dan angkat serta hidangkan dengan taburan daun bawang dan daun sup.









aaa ... camaner ... sedap tak ... cubalah ... buat sendiri dan kongsikan kat sini ...

Rabu, 27 Mei 2009

Dah lama rasa nyer akak tak letak resepi, tak lah berapa lama ... tak dek masa nak buka blog .... ade beberapa resepi akak nak kongsi ngan anda semua ....


GULAI JERING


BAHAN:


1 kg buah jering yg dah boleh di gulai (Kiranyer agak tua sikit la)
10 tangkai cili api*
3 ulas bawang kecil*
1 sudu teh serbuk kunyit*
Sedikit ikan bilis di kopek
RM2 santan
1 btg serai di titik
Asam keping

* tumbuk hingga lumat dgn sedikit garam


CARA:



Buah jering buang kulit, kalau yg ade kulit hitam tu, pastu rebus hingga empuk, akak rebus dalam periuk karan, selama 1 jam lebih.


Sementara itu tumbuk bahan yg bertanda * sehingga lumat, ketepikan dulu.

Bila dah empuk, tumbuk satu persatu seperti gambar di bawah ni.


Santan tadi masuk kan ke dalam periuk, letak cili yg di tumbuk serta serai yg di titik, jering serta ikan bilis. Jerang atas dapur, letak asam keping serta bahan perasa. Kacau supaya tak pecah santan, masak cam seperti masak lemak yg lain.


Tada ........... ha dah siap pun. Ini lah dia gulai jering akak ....



Cuba jangan tak cuba ... tak cuba tak tau rasa nya .... SELAMAT MENCUBA



Khamis, 14 Mei 2009

NUGET IKAN BERSOS

Hi! aper kabar semua ... 2 minggu yg lepas masa nak dinner, akak terpikir2 ape la nak di masak malam tu, buka peti ais tengok ade naget ikan jer ... pastu pikir punyer pikir, akak teringat ... ape kata kalo wat masak cam sweet & sour ... jom kita cuba ...


NAGET IKAN BERSOS

Bahan-bahan:

Naget ikan
Capsicum (Cili benggala) - di potong dadu
2 biji cili merah - di hiris panjang
2 ulas Bawang kecil - di hiris*
2 biji bawang putih - di hiris*
Sedikit halia di hiris*
Bawang besar di potong bulat
3 sudu makan sos cili
3 sudu makan sos tomato
Sedikit sos tiram
Gula
3 sudu makan minyak untuk menumis


Capsicum Naget

Cara
Naget di goreng, agak2 garing sedikit dan ketepikan.
Tumis kan bahan yg di hiris tadi (yg bertanda *), goreng sehingga keemasan, masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram, kacau2 ... masukkan sedikit air supaya tak pekat sangat. Letakkan gula secukup rasa.
Masukkan cili merah, capsicum dan bawang besar, kacau-kacau bagi rata selepas itu tuang ke atas naget tadi dan seterusnya di hidang kan.




Dah siap pun ... amacam ... sedap tak .... cuba lah ...




Cik abang nih ... dengan teruja nyer bertanya kat akak "Mama cantik tak, hensem tak mama" aper hal nyer yg henshem ........ dah tak dek keje yehhhh .......