Selasa, 15 Disember 2009

TAHLIL UNTUK ARWAH ABAH - TELAH 41 TAHUN PULANG KE RAHMATULLAH

Posting ni di ambil dari blog yg lama buat tatapan semua dan buat kenangan kepada aku ....























Pada 14 Februari 2009, kami sekeluarga mengadakan tahlil buat Abah yg telah kembali kerahmatullah pada 14 Februari 1968. Diam tak diam dah 41 tahun Arwah Abah pergi menemui Tuhan. Memang setiap tahun kami sekeluarga mengadakan tahlil untuk Abah yg hanya di hadiri kami adik beradik dengan keluarga masing-masing, dan tak lupa kami menjemput Mak Nyah sekeluarga setiap kali mengadakan tahlil. Bermula dari waktu maghrib sembahyang berjemaah, diikuti bacaan Yasin serta tahlil dan di akhiri dengan solat Isyak. Selalu nya Along, abang ku yg sulong akan mengetuai acara selaku imam. Se usai solat Isyak, kami pun apa lagi terus menyerang hidangan pada malam itu ....



HATI AYAM MASAK KICAP


Mungkin ade antara kita yg tak suka makan hati ayam, dan mungkin ade antara kita yg suka lak makan hati ayam.  Kali ni akak nak persembahkan resepi hati ...... hati ayam masak kicap ....






Bahan-bahan:

200 gm hati ayam
1/2 cawan kicap manis
2 susu makan cuka
2 ulas bwg kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 biji cili - di hiris panjang
1 biji bawang besar - potong bulat
1 sudu makan lada hitam di tumbuk/1 sudu makan serbuk lada hitam
1 btg kulit kayu manis
3 biji lawang
Sedikit buah pelaga
Sedikit bunga cengkih
2 sudu makan minyak masak


Cara:

Hati ayam di bersihkan, di tos dan rebus sehingga masak.  Bawang kecik, bwg putih dan halia di hiris untuk kegunaan menumis.  Panaskan api dan tumiskan bahan2 yg dihiris serta dgn kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga & bunga cengkih.  Kacau2 hingga agak kekuningan masukkan kicap, masukkan cuka serta sedikit air. Bila dah gelegak tu masukkan hati ayam yg telah di rebus, biar kan mendidih dlm kuali.  Masukkan pula lada hitam yg telah di tumbuk ataupun serbuk nyer ...

Akhir sekali masukkan cili merah serta bawang besar, jgn lupa rasa dulu, tambah lah garam atau bahan perasa untuk menambah kesedapan masakan anda semua.  Tutup api dan hidang kan.

Ni dia.... hati ayam masak kicap akak ....




ANEES DAH SEPULUH TAHUN


Pada hari Raya Haji yg baru-baru ni akak buat befday untuk anak dara akak nih ... kira belated befday la ... actual befday dia pada 12 November ....





Kek yg ditempah dari Yatie Cooking





make a wish Anees ... make a wish ......













Ieqa pun nak potong gak ... potong ... potong .... potong .... potong (ikut lagu iklan potong ... kui... kui...)





 Danish perasan cam dia nyer bezday ... hahahah ...








ni ... anak beranak Ijan & Faizal ... tetamu yg paling awal sampai ...




Ijam & Fatin



 Anis & de gang ... school mate dia ...









Hadiah dari Ijam & Family ...



 



Yg ni hadiah dari Mama




Selasa, 24 November 2009

KACANG PANJANG GORENG SUHUN & SUP CENDAWAN BUSUT

KACANG PANJANG GORENG DGN SUHUN





Kepada yang suka dengan sayur kacang panjang, akak nak kongsikan masakan kacang panjang goreng dgn suhun ini dengan anda semua ...





Bahan-bahan nye seperti gambar kat bawah ni:






Sayur kacang panjang dalam 6-7 btg, ricih macam tu, sedikit cili merah di potong-potong serong dan bwg besar di hiris, tempe setengah bungkus, potong dadu dan di goreng





Tahu 1 keping goreng dan potong dadu juga, sedikit udang kering

Suhun di goreng
Tambahan:
Bawang putih di cincang, 2 ulas bawang kecik ditunbuk dgn sedikit garam.

Cara:

Panaskan kuali dan tumiskan bawang putih serta bawang yg di tumbuk tadi. Kacau supaya tak hangus. Letak sedikit air (ade org letak sedikit santan) dan biarkan didih, bila dah didih masukkan udang kering dan sayur kacg panjang. Balik-balikan, masukkan pula tahu, tempe serta suhun yg telah di goreng. Kacau rata dan tambah bahan perasa. Tutup api. Isi kan ke pinggan dan hidang dengan nasi serta lauk pauk lain. Selamat menjamu selera.




SUP CENDAWAN BUSUT


Hari Ahad lepas asben akak pegi kutip cendawan busut yg tumbuh kat kebun pakcik dia. Dah lama tak makan cendawan busut ni, kalau makan pun yg cendawan ternak nyer ... hmm sedap ... manis betul ... ini paling simple nyer sup ....


Baru selesai cuci ... ni fresh punyer nih ....



Dah siap di masak ... tunggu nak kene ngap ... kelakar kan ...
Bahan:
Cendawan dlm 10 btg
sedikit ikan bilis buang kepala dan tulang*
2 ulas bwg kecik*
2 ulas bwg putih*
1 biji cili merah - hiris2
setengah labu bwg merah - hiris2
Cara:
Tumbuk bahan yg bertanda * dan tumis. Bila dah kekuningan masukkan 2 cawan air, biarkan mendidih. bila dah mendidih masukkan cendawan, di iringi bawg besar dan cili merah. Jangan lupe bahan perasa untuk menambah kan kesedapan masakan anda.




Khamis, 19 November 2009

LAUK-PAUK KU

Ni adalah antara lauk pauk yg selalu akak masak dan menjadi kegemaran akak sekeluarga

Asam pedas tulang lembu dan sayur Pak Choy goreng tahu kering

Anak perempuan akak yg no. 3 tu kalau akak goreng sayur dgn tahu kering, dah gerenti dia pilih tahu tu aja ...



Sambal terung & Ikan masak cuka

Dolu2 masa kecik2, bila mak masak ikan masak cuka ni ... cukup menyampah, sbb aper, bau cuka tu busuk la sgt ... tp skarang ni akak kdg2 rindu nak makan masak cuka, sekali sekala masak ler ....























Selasa, 17 November 2009

SAMBAL GORENG KEREPEK UBI KAYU

Adik ipar akak bagi la lebihan kerepek2, keropok yg dia beli dari Indon bulan Jun ari tu ... dah tak abis dia pass la kat akak ... hubby kata wat sambal dgn ikan bilis, sedap nih ... akak pun cuba la ...
Bahan-bahan:
100 gm ikan bilis yg dah di kopek
1 mangkuk kerepek kering ubi kayu
4 biji cili masak *
7 - 8 biji cili padi (cili api) *
2 biji bawang kecil *
Minyak untuk menumis
Ini lah rupa kerepek ubi kayu kering. Ubi yang di rebus, lepas tu di hiris, di keringkan iaitu di jemur bawah matahari, jadi la kerepek, ia sebenar nye di goreng dan di sira dgn gula wat kudap-kudapan.
Cara:
Mesin atau tumbuk bahan yg bertanda *. Kerepek ubi di goreng dan ketepikan, begitu juga dgn kerepek ubi. Ketepikan.

Bila telah selesai menggoreng kerepek ubi & ikan bilis tadi, tumiskan bahan yg dah di mesin sehingga garing. Letaklah garam serta serbuk perasa. Bila agak dah garing, letak sedikit air supaya sambal tidak kering sangat. Kemudian masukkan bahan yg dah di goreng. Kacau dan balik-balikkan supaya cili tersebut mesra ikan bilis dan kerepek.

Dah siap ... boleh lah di makan ... ape lagi, cuba la ...














Rabu, 11 November 2009

SI AYAH & SI ANAK

Si ibu terganggu tidur nya bila terdengar suara si Ayah memarahi si anak teruna yg pulang lewat malam. Si ibu curi-curi mendengar biji butir yang keluar dari mulut si ayah … “Kau ni pegi mana, tak tau hari dah pukul berapa” kata si ayah. Si anak mungkin menjawab “pegi minum teh ngan kengkawan”. Si ayah masih tak puas hati dengan jawapan si anak. Si ayah terus terusan memaki hamun. Si anak masuk ke bilik tidur malas mendengar leteran si ayah tadi. Si ibu cuba dengarkan apa yg di leteri oleh si ayah kerana faham sangat dengan perangai si ayah bila marah. Sekejap si ayah berhenti dari berleter. Sampai pada satu tahap si ibu terpaksa bangun dan mendapatkan 2 insan itu apabila si ayah bertindak ingin memukul si anak, sempat di jeling jam di dinding yg menunjukkan pukul 1.40 a.m. Si anak rasa tercabar dengan kata-kata si ayah yg bukan sekali ini di lafazkan. Lalu si anak berkata … “ayah nak A keluar sekarang ker …” “ha … kau keluar sekarang …” balas si ayah. Si anak pantas memunggah pakaian yg tergantung di almari. Si ibu yg mendengar kekecohan berlari masuk ke bilik si anak dan menegur cara si suami menghalau anak nya. “Apa awak ni tak habis-habis nak menghalau anak. Sikit-sikit suruh keluar” kata si ibu. Si anak menyambung lagi “A kalau keluar takkan jejak-jejakkan lagi kaki ke rumah ni, banyak kali ayah halau A, tak pa … A boleh keluar” Lalu di kemaskan kain baju nya. Berkata lagi si anak "banyak sangat tekanan, tekanan dari ayah, tekanan di tempat kerja ... A dah tak tahan yah ..." Si ibu tergamam dengan kejadian sementelah terkejut dari tidur. Tak terkata apa dengan perlakuan si suami dan si anak. Kembali semula ke tempat pembaringan, sukar untuk si ibu untuk melelapkan mata. Di cuba untuk melelapkan mata, namun si ibu resah gelisah memikirkan nasib si anak. Apa lah nasib kau nak .... Dalam senyap si anak melangkah pergi tanpa sebarang pesan. Sedar-sedar dia telah meninggalkan rumah.


Pada akak, tak perlu lah asyik nak mengongkong anak yg dah besar panjang ... kalo anak tu nak berbuat jahat dah lama dia berbuat begitu, kalo marahkan anak jauhi lah sifat seperti ayah di atas menghalau anak kandung sendiri. Sanggup dia tengok anak dia melangkah pergi di tengah keheningan malam ... janji hati dia puas ... bapa yg begini ker yg masa hari tuanya tidak di pedulikan oleh sang anak ?????